Followers

Wednesday, 15 September 2010

Hakikat Cinta

Baru saja selesai membersihkan diri.. jam 11:09. Aku terfikir tadi dalam bilik air masa tgh mandi..

Upanya kan.. aku tak arap pape pn dari kamu cik A. sebab rasa aku kan.. satu menda yang paling penting buat aku sekarang adalah memimpin kamu untuk menerima hakikat dan kenyataan.. juga untuk membawa kamu kepada memahami fitrah sebenar kita sebagai ciptaan ALLAH yang paling baik dikalangan semua ciptaan NYA..

Benar kata kamu cik A, mungkin benar kamu tak henti2 di uji, tapi, kamu mungkin belum sedar kenapa tiap menda tu diberikan kepada kamu.. dan aku rasa, tanggungjawap aku sekarang.. untuk betulkan tanggapan kamu itu.. mungkin la.. aku ni tak paham apa kamu kata.. tapi situasi kamu skg, aku pernah ada di dalamnya.. dan aku memahaminya.. Cuma bezanya, akhirnya aku bisa menghadapinya.. dan ketenangan yang aku dapat setelah aku benar2 paham, kenapa ujian itu diberikan kepada aku.. dan kenapa aku perlu hadapinya, dan kesedaran yang mana yang abadi tu bkn pada cinta sesama insan, tapi adalah cinta ALLAH yang kekal abadi..

Ni la yang aku nak ckp skg.. hakikat cinta.. kenapa cinta? Mengapa perlu cinta? Kepentingan cinta.. semua tidak dapat nak ditolak sebab merupakan fitrah kita sebagai manusia yang saling tidak dapat dipisahkan, dan dijauhkan dari rasa ingin disayangi, dicntai., dan ingin rasa diperlukan dan memerlukan.. tapi tidak dapat nak nafikan yang perasaan ini jugalah yang kekadang melalaikan kita dari menCINTAI yang lebih utama.. amik contoh diri aku sndiri dlu, pernah satu ketika aku ditegur. Kerana kecintaan aku tu telah melebihi yang utama.. malah aku rasa, aku pernah lebih mengutamakan yang lemah dari yang Esa dek kerana cinta yang pernah aku agung2kan dulu ni..

Namun akhirnya, alhamdlillah.. aku bersyukur kerana aku akhirnya disedarkan dengan ujian NYA.. aku syukur weyh,btoi ckp.. kalo aku tak disedarkan… ntah dah dimana aku skg ni.. ntah apa da jadi ng aku.. ntah la.. syukurlah sebab aku mampu berdiri skg.. dan aku mampu berkata2 dan mengambil contoh diriku sebagai pengajaran buat yang lain.. tapi kali ni.. aku rasa lain.. sebab, tiap kata2 aku ditolak.. aku sndiri pn da buntu camna aku nak wat.. Cuma skg.. usaha aku.. doakan dia dapat apa yang dia nak.. dan aku usaha untuk membetulkan pndangan dia terhadap cinta ni..

Aku rasa harapan aku da tak penting sebenarnya.. sebab pa. banyak berlaku kisah2 “Un-sangka-rable” di persekitaran aku.. cthnya, Zura, dia bertunang ng yang dia syg,kekasih hati dia.. tapi ibu bapa haling dan ptskan pertunangan dalam masa seminggu.. tapi depa masih bersama setelah 2 thn, tapi baru2 ni aku dapat cita dia da tunang ng orang len and da nak kawen dap n pas raya ni.. keputusan diamek sebab da tatahan tunggu lama2.. bleh tgk sndiri aa.. ni cth pertama.. yang ke2..aku amek dari shabat aku yang ke-2, Zai dan Amy , dari yang aku tau.. depa ni pn sama.. tak kawan ng sapa2.. n unsangkarable happen..orang mai masuk meminang.. dan bakal tamatkan zaman bujang depa jugak..

Dari sini benarlah janji2 ALLAH.. Kun Fayakun.. kalo dia kata jadi tu.. jadilah.. ni bukti2 nya.. tak semestinya da kawan lama leh berakhir ng bersama.. kalo dia kata tidak tu.. tidak la.. takyah la nak wat pa ag.. bak kata orang aa.. kalo da dalam tgn pn.. kalo bkn rezeki pn tadapat gak? Kan? So mmg pn.. suma perancangan ALLAH.. terima la dengan hati yang terbuka, redha.. yakin ng janji DIA.. tiap yang ditakdirkan tu.. dia bagi sekali ng HIKMAH.. fikir2 dan renung2.. amek suma dari yang positive.. pasti kita akan bertenang ng segalanya.. dan smpai masa.. kita la yang paling kuat menggalakkan orang..

Apa pn.. aku doakan yang terbaik wat suma la.. andai ada apa2.. and perlukan aku.. just text me. Atau PM me.. I’ll be there insyALLAH.. ;)

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA