Followers

Wednesday, 24 July 2013

Impian masa depan.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semenjak bekerjaya ni, makin banyak dalam fikiran ini yang sedang dilaksanakan. terbaru ummi minta izin nak berniaga. saya kata boleh. kalau itu yang ummi mahu, saya usaha carikan modal dan saya akan assist kot mana yang saya mampu.

Sebenarnya bila dah ada keluarga ini, banyak yang perlu difikirkan, terlalu banyak bagi saya. Sampaikan hari tu Mama tanya saya, ini buku apa ni? (merujuk kepada buku insurans yang saya pinjam dari pakcik saya). Ya ini adalah salah satu lagi yang sedang diusahakan. Sebenarnya tak ada lah nak usaha sangat pun, cumanya, saya sedang berfikir bagaimana saya mampu memaksimakan apa yang saya ada, supaya mudah saya nak gunakan bila saya perlukan. Conthnya sekarang, saya adalah trader kan? jadinya tak mustahil kalau saya ada 'lesen' saya boleh jualkan pada kenalan traders yang ada bersama saya. Mudah kan?

kemudiannya, mengenai impian ummi, rasa gembira juga bila tahu dia sedang cuba untuk sesuatu. Saya tak nafikan, di masa hadapan, saya memang ada berfikir untuk buat sesuatu, mungkin berniaga, dan alhamdulillah, buah fikiran buah hati saya sangat menyenangkan hati saya. dia punya idea. best!. saya pasti usaha membantu dia. Even sekarang pun saya sedang usahakan bertanya kenalan kenalan apa yang mampu mereka berikan pada saya dalam usaha ummi dan saya.

dan sudah tentulah pendapatan saya dalam trading ini saya sedang cuba gandakan. Alhamdulillah, bulan lepas angka nya sudah hampir menemui 4 figure. Saya jangkakan, dan sedang usahakan, andai ALLAH izin sudah semestinya 5 angka dalam paling lewat setahun akan datang. Saya memang sedang usahakan.

Selalu saya pesan pada Ummi, kita takkan terikat dengan bank lagi. Ya saya tak mahu, sedang cari jalan lari dari bank. Si penipu besar dalam kewangan. sedih bila fikirkan bagaimana mereka merompak rakyat marhaen macam kami ni. tak cukup bank la. tu lagi besar dok ada tu. bagi sikit ambik tak hengat.

rasa anda tahu kot? lalalalallalalala~~



apa pun mendoakan yang terbaik buat kami, buat anda semua. Moga ALLAH redha pada tiap usaha kita. INGAT, titipkan impian membangun ummah dalam usaha anda, membangun IMAN tu juga jangan lupa, kelebihan itu sepatutnya jadi kekuatan, lebih lebih lebih lagi hebat pegangan kita, bukan melemah kita ya. Moga diberikan kekuatan, dijauhkan dari lupa kepadanya. Amin Yarabbal Alamin..

4 comments:

Anak pak cik Azhar :) said...

semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah:)

kiera'sakura said...

ummi doa sangat andai satu hari nanti Allah izinkan kita dua berjaya dalam apa yang kita usahakan, kita tak lupakan Dia. means solat yang utama kita tak lewatkan. sebab ramai kawan2 ummi yang bila sibok berniaga solat pun lewat. ummi doa sgt kita jauh dari macam tue amin

aizamia3 said...

Moga apa yang diusahakan menjadi kenyataan.. insyAllah..

MR & MRS MAKMUM said...

alhamdulillah...rezeki ada d mana2 cuma kita perlu gigih cari

Buta+Pekak+Bisu=CINTA