Followers

Tuesday, 23 July 2013

story bout one of the memorable moment in our life.

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.



gambar ini kisah dua hari lepas. Ahad malam Isnin. dalam perjalanan kami pulang dari rumah mentua di Ipoh ke rumah saya di Penang.

story bout one of the memorable moment in our life.

Awal minggu lepas, isteri ada minta sesuatu dari saya. Katanya, kalau boleh sekali pun tak apa dalam Ramadhan ini, dia ingin sekali satu hari kami berdua berbuka bersama, ala ala dating di waktu berbuka berdua dan kami bersama berbuka di satu tempat.

Alhamdulillah, beberapa hari selepas itu ALLAH dah bukakan jalan untuk kami. saya dan dia, akhirnya dapat satu masa untuk kami berbuka berdua bersama sama.


saya juga ingin menunaikan impian si dia, tapi apakan daya, hanya ini yang mampu saya beri. berbuka berdua, dalam kereta, berlampukan cahaya lampu di hentian juga lampu kereta, tiada udara segar melainkan aircond yang terpasang dalam kereta. saya dan dia. berdua berbuka puasa.

manisnya difikirkan, satu bekas yang dikongsi berdua, dia dan saya, dengan satu pasang sudu dan garfu, makan bersuap kami berdua. terasa indahnya saat saat yang berlalu itu, walau tidak semewah makan di hotel, tak sehebat masakan berbagai di rumah, tapi itulah yang saya rasakan terlalu indah untuk dikenang.

mungkin ini tak lah sehebat apa yang dibayangkan, tapi ini aja yang mampu difikirkan at the moment. dan saya terlalu gembira untuk ini.

terima kasih awk.

terima kasih ALLAH.

3 comments:

Aizuddin Azmi said...

salam

syok tengok member2 dah kawen ni.. mmg indah kenangan ang bro.. fuh!

mohon kebenaran iklan sat kat sini..

Adakah SIMPANAN anda mencukupi?

Pendidikan ANAK anda
Simpanan untuk PERSARAAN
Simpanan untuk KES KECEMASAN
Modal untuk PERNIAGAAN
Mengerjakan HAJI & UMRAH
Pembiayaan PERUMAHAN/KENDERAAN

http://deenazmee.blogspot.com

kiera'sakura said...

abi lupa ek? bukan berdua. bertiga la. nanti majok budak kat dalam nie hihihi :p

aamalinaazman said...

;)


sooo suweeeetttt
nanadh dan kiera..

hhihihi..

moga bahagia selalu..

cpat doakan utk sy pulakk..wiwiwiw ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA