Followers

Monday, 21 April 2014

05:48am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

05:48AM, Shahab Perdana

Entry rutin pagi isnin ni: ehhe. Jam 05:48. Atas bus Transnasional, Shahab Perdana sementara menantikan bus gerak. 

Ahad yang agak menarik bagi saya. Mengasuh anak 'full day' buat kali kedua selepas tuan putera ni mula makan. 

So far seronok sebab dia pun pandai main. Cuma biasa la, bila mahu mengubah rutin tu saya agak kekok. Mahu tidaknya, dahulu, minum susu ja. Saya standby susu kat warmer, bila dia nak bagi ja. Tapi sekarang dengan makanan lagi, air masak lagi. Jenuh saya nak pusing cari. Mujuk isteri dah sediakan semua. Cuma ambil sahaja bila anak mahu.

Petang sabtunya, konon dah nak gerak balik. Dah siap jalan ke Shahab dah pun. Tapi saya batalkan pulang semalam. Mahu bagi lebih masa pada kedua mereka ni. Jangan kata ummi, anak pun seronok. Senyum ja bila saya x terus membelok kiri untuk ke Shahab, tapi jalan terus menuju rumah. 

Apa pun, ini sahajalah yang mampu saya beri kepada keduanya. Mungkin tidak sesempurna insan insan yang tinggal sendiri, tapi itulah yang terbaik buat masa ini buat kami. Tak terdetik di hati buat kami berdua yang apa kami harung sekarang ini tidak adil. Tapi kedua bersyukur. Mungkin kami kurang masa bersama, tapi "waktu emas" kami penuh dengan pengisian. 

Dah ALLAH tetap macam tu. Semestinya ini yang terbaik buat masa ini. 

Alhamdulillah. 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

salam dan singgah pagi

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hihihi..

anak seronok ummi lagi seronok

kih3...

Lydia Miza said...

Allah beri yg terbaik buat kita mengikut kesesuaian waktu yg Dia rasa terbaik. Ujian yg sukar mungkin mematangkan kita dan menjadikan kita hamba yg lbh bersyukur

Buta+Pekak+Bisu=CINTA