Followers

Monday, 7 April 2014

Kegembiraan berubah

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam kami anak beranak ada bersama lagi sebelum saya pulang. Jam 5 waktu kami sepatutnya dah keluar, tapi kami pulang kerumah sebab saya dah janji nak betulkan plug dan switch rumah yang terbakar lama dah tu, tapi baru berkesempatan membetulkannya. 

Selesai buat kerja tu, anak dah menangis. Panas gamaknya. Well, buat kerja elektrik saya tutup semua, untuk safety la. Saya tak seberani guru saya yang slumber badak dia tukar menda tu tak off switch. 

Habis buat, cepat cepat saya pakaikan dia baju dan bawa dia jalan kat padang depan rumah. Kemudian ke rumah mak ngasuh dia sebelum kami keluar cari makan. 

Blik makan tu la dia dah buat muka. Ummi cakap dia dah buat muka sedih dia dah tu abi. Saya rasa mungkin kot. Dalam mengekek gelak bermain dengan saya, kejap kejap dia merangkak kepada saya. Panjat paha suruh angkat. Saya pun angkat, peluk dan kiss dia kemudian lepas balik ke bawah. 

Lain, memang lain. Hantar sekejap ke rumah mak pun x mahu senyum atau tengok muka kita. 



Sabar tau syg. Sabar. Abi yakin dalam tahun ni, kita mesti dah duduk sama. Ummi target bulan 9. Kita tunggu ya. Mana tahu itu hadiah hari lahir terbesar buat kalian. Abi syg kamu berdua tahu. 

4 comments:

Z@i Z@mR33 said...

sabar ye uwais....ummi...x lama dh tu.moga smua dipermudahkan Allah

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

:: idzwa :: said...

amin..saya doakan ye..

Kira Sakura said...

mekasih abi ;') sobsssss

Buta+Pekak+Bisu=CINTA