Followers

Tuesday, 15 April 2014

5.55am

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

5:55AM, Shahab Perdana

Selepas outstation selama beberapa hari. Hari untuk meneruskan tugasan rutin bermula. Semalam, kami kembali ke pangkuan rumah memasing. 

Dari Ipoh, singgah ke tempat customer sebab saya nak selesaikan tanggungjawab. Dari sana bergerak ke bank pula. Nak selesaikan urusan isteri yang mana kad bank dia telah tamat trmpoh. Jadinya tak boleh nak withdraw wang. 

Di bank ni memang agak menyakitkan hati. Lama sungguh tunggu. Selama lebih sejam kami tunggu, nombor giliran langsung tak gerak. Akhirnya kami decide nak gerak dahulu dan datang semula. Masa tu anak pun dah mula mengamuk sebab dia lapar dan mengantuk. 

Next is Celcom. Dan lepas tu Shaklee. Pastu balik ke bank. Habis semua, balik rumah saya hantar barang, makan dan solat baru gerak ke Alor Setar. Itu pun dalam perjalanan singgah lagi dekat kedai baby tu, beli pampers anak yang habis. 

Alor Setar asalnya saya nak pulang jam 7 tu. tapi lihat pada isteri yang dah sakit kepala tu saya jadi kesian. Tadi pun masa di Gurun terpaksa berhenti nak bagi dia rehat. Sebab kesian saya beritahu dia saya balik pagi ni. Terus muka kerut tahan sakit berubah senyum. Saya tahu dia sedih nak pisah sama tu. ya lah, saya kan tak ada minggu ni. Tak banyak masa kami luang minggu ini. Tak apalah. Saya pilih balik esk pagi sebab dia tak sihat. Atleast kalau dia nak rehat saya ada nak tengokkan anak tu. 

Overall boleh saya katakan yang kami sangat sibuk hari ni. Namun alhamdulillah selesai semua yang patut kami selesaikan hari ni. 

Apapun, saya yakin. Sesuatu yang baik sedang menyusul. Antara sabar dengan tak sabar ja kami ni. Boleh tu. mesti boleh!

5 comments:

Lulu Caldina said...

insha Allah

aizamia3 said...

Sabarlah Abi Uwais..
Kuatkan semangat mengharungi rutin harian tersebut.
Saya pernah lalui keadaan macam tu..

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

Nurzakiah Hanum said...

SINGGAH PAGI

Kira Sakura said...

mekasih abi untuk hari yg membahagiakan. sayanggggg abi keketat. insyaAllah ummi cuba bersabar :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA