Followers

Friday, 18 April 2014

Perihal sejarah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Hari saya outstation hari tu. Saya berkesempatan berjumpa dua manusia berpengalaman. Yang bagi saya luas sangat pengetahuan mereka. Sungguh. Banyak yang saya dapat. Banyak yang saya belajar. Rasa tak puas bila sedar yang susah nak dapat lagi peluang dapat cerita cerita eksklusif macam tu. Dan salah satu kesimpulan dibuat salah seorang insan tu.

"Sejarah ditulis oleh orang yang menang."

Boleh faham quote ni? Hihihi mesti tidak kan? Cuma saya suka nak bongkarkan yang sejarah kita yang kita tahu sekarang ni banyak yang "ditulis semula". Bermakna yang kita tahu, kita belajar itu sudah bukan sejarah sebenar tetapi cumalah kisah kisah penyedap cerita bagi para penulis penulisnya.

Tak rasa saya perlu keluarkan contoh. Tapi itu yang saya dapat. Dan dengan situasi sekarang yang semakin merepek merepek, saya pilih untuk hadap quote ni sebaiknya dengan kisah kisah sejarah yang saya dengar. 

Mudahnya. Zaman fitnah berleluasa ni. Banyak kata kata yang di spinkan di media. A yang dicakap tapi sampai ke Z yang diulas media. Tambahan bila yang berkuasa dan menang itu pihak yang jahat. Maka bertukarlah sejarah. Yang sepatutnya adalah seorang pendukung keadilan, dihenyak sebagai penjahat most wanted. Walau membuktikan perbuatan itu baik, tapi jahat yang entah dah berapa kurun itu yang dikorek. 

Tak apalah. Ditipu kan? Esok lusa di akhirat jawab la ye. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA