Followers

Monday, 14 April 2014

Apabila Abi outstation

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu ni saya sibuk. Kalau selalu tetiap minggu saya jadi tukang jaga anak dengan Ummi, tapi minggu ni outstation 2 hari, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

Elok petang Jumaat balik kerja, selesaikan bersiap apa semua. Kami singgh sekejap di Caltex dekat rumah untuk saya COD barang dekat orang yang saya minta barang tu. Asalnya nak minta minggu depan la, tapi orang tu dah macam desperate nak pakai duit, jadinya saya selesaikan juga minggu ni.

Sebaik ambil barang, kami isi minyak dan TnG lepas tu terus gerak balik kampung. Rehat dan tidur, esok paginya saya dah bergerak ke KL. Tak awal juga seperti selalu, tapi dalam 730 macam tu gerak, sampai dalam 10 pagi kat sana. Maka bermula dua hari kerja saya di sana. Bagi saya seronok, sebab 1 adalah ilmu. Namun ada banyak lagi kegembiraan yang saya dapat di sini. Dan paling saya rasa seronok sebab saya jumpa dengan orang orang 'berpengalaman' yang luas sangat pengetahuan am depa, dan buat saya teruja bila kongsi banyak sangat info info yang saya tak pernah tahu. SubhanaALLAH, seronoknya saya tak tahu nak cerita. Well, saya nak suka mendengar cerita, jadi bila ada yang sudi bercerita, jadi teruja sangat. hihihi (Alhamdulillah, ALLAH bagi nikmat ni).

Bila dah menjauh macam ni, mesti la teringat kan. Mana tak teringat kan.

Kekadang tu, bila kami lepak dan saya nampak anak kecil, saya khabarkan pada sahabat,
"weh, comelnya anak orang tu."

Dapat la balasan dari kawan,
"aku tahu la hang rindu kat anak hang, sabar lahh"

Rupa rupanya anak pun macam tu. Bila tiap kali saya call, dan Umminya share handphone tu, dah tersenyum senyum anak kata Umminya.

Saya sampai ja semalam, dia tak tidur, tak mahu tidur kata Umminya. Sampaikan Ummi nak ke tandas pun susah. Tapi bila saya dah ada, saya pegang la dia, beritahu pada dia, "sekarang dah malam sayang, sayang tidur tahu, esok pagi, kita sembang lah berdua. Kita main sama sama. "

Dan amazingly, lepas saya selesai mandi, saya tengok dah lena budak tu. Tak cukup dengan tu, masa lena tu Umminya kata, kaki terbongkang letak atas Abi, tangan atas Abi, muka pun nak kalih kat Abi. Senyum saya. Sampai macam tu awk ya.

Pagi tadi, bangun dok nak nangis nangis, saya bangun berdiri, ambil dia letak bagi duduk atas riba. Senyap. Bukan hanya senyap, tak bergerak ke mana. Selalu kalau pegang, nak ja dia turun ke bawah, nak main, tak suka kita kepit dia. tapi lain pula tadi.

Awak rindu Abi ae???




3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah isnin :)

Z@i Z@mR33 said...

mcm anak k.zai ni la...aduhhhh...nk abah dia ja klau lama x nmpk abah.menangis mcm kita buat dia.bl abah blk terus stop leh gelak2.nk abah bg tdo dia

Kira Sakura said...

ummi pun rindu abi jugak ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA