Followers

Wednesday, 30 April 2014

Sentap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang tadi rasa sentap. Sentap apa? Sentap emosi sekejap. Bukan apa, bila nampak sekeluarga kecil seperti kami, dengan suami bawa moto, anak ditengah dikepit, dan isteri di belakang memeluk anak. Paham maksud saya peluk anak kan? saya tak nampak pula isteri pegang suami, mungkin saya tak perasan la, tapi saya nampak itu sebagai BAHAYA.

tu yang sentap tetiba tu. Bukan apa. sedihnya situasi apa yang saya tengok tu. Dalam hati berdoa doa, andai kata mereka tak ada kereta, moga ALLAH mudahkan mereka memiliki satu. Bayangkan masa bergerak tu hujan, macma mana anak? macam mana isteri dia? Katakan lagi masa jalan tu, tetiba jadi apa apa, bagaimana keadaan isteri yang pegang anak tu?

Sedih sedih.

Kemudian relate dengan kehidupan, betul lah kan orang dok kata bila kamu rasa kamu dibawah, cuba lihat sekeliling, kamu pasti akan rasa bersalah memikirkan yang sebenarnya kamu sudah jauh di atas dari insan insan lain yang kamu lihat disekelilng.

Berdoalah masa tu, minta pada ALLAH agak diberikan hati yang bersyukur. Hati yang takkan lupa waalau sekecil kecil nikmat yang diberikan kepada kita.

Moga ALLAH pelihara hati kita. Amin.

3 comments:

Kira Sakura said...

sedih sangat abi. kalau lah kita boleh tlg kan ;(

Nurzakiah Hanum said...

amin :)

Lydia Miza said...

memang bahaya klu kecemasan laki break mengejut uish tak leh bayang bini tergolek kat jalan.kena pelok kuat2 cam ahkak adik ni kan?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA