Followers

Tuesday, 8 April 2014

Terkono

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ada seorang kawan. Masa main futsal hari tu la. Minta saya belikan seluar. Saya pun walau dalam rasa tak berapa sihat tu tak sanggup pula nak kata tidak sebab dia dah semangat nak main. jadinya saya layankan aja masa balik pergi cari seluar kat dia.

Petang tu sampai kat tempat main dia bagitau saya. "Budget lari la."
Saya diam tapi dalam masa sama rasa nasib baik la sebab saya belikan yang tak terlalu mahal buat dia Lepas diam, saya tanya kenapa.

Katanya patut gaji bulan lps ada lg lbh kurang 7rat juga la lebih. Skali kna bayaQ dt along katanya. 

Terus saya tanya. Kenapa? 

Pakcik guna nama nk pinjam along, last last kita yang bayaQ dari awal sampai habis. 

Pulakkkk???

Minta tolong orang sambil susahkan orang? 

Ohhh manusia. Jangan tanya kenapa orang hati suci makin kurang, tapi tanya berapa banyak dah si manusia begini rosakkan insan hati murni yang cuma mahu membantu menyelesaikan masalah kita.

Kesian sahabat saya ni. tapi apa boleh buat. saya suruh dia tanya, tapi dia jawab, pakcik sendiri kan? takkan nak bergaduh kot? ada benarnya.

Saya share kisah saya juga yang hampir macam dia. bulan 1 minta, bulan 2 minta, 3 bulan minta lagi, mai yang keempat senyap. pastu bila kita mula bosan, mula la keluar macam macam cerita kat belakang. Indahnya hidup.

tak apalah. ALLAH nak ajar saya tu. Alhamdulillah...

3 comments:

Kira Sakura said...

:)

Nurzakiah Hanum said...

SELAMAT PAGI

aizamia3 said...

Moga dia berubah dan sedar atas apa yang dia telah lakukan itu.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA