Followers

Tuesday, 8 April 2014

Impian

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semua ada impian. Tak kira la sama ada besar dan kecil, termasuklah saya.

Baru baru ni ada sembang dengan Ummi. Dia tahu apa yang saya inginkan. Apa yang saya idamkan. Ada la dua menda gemok tu. Pantang nampak dua menda gemok ni, mesti saya akan cakap dekat dia, "hensemnya dia Yayang.. " tak pun "Kacaknya dia syg.."

Selalu jugak la. Sampaikan dia pun dah ingat menda gemok tu.

Satu hari sembang dia cakap, nanti kalau kata satu hari nanti saya mampu, belilah benda gemok tu. Kalau dah mampu, walaupun ianya mahal, ambil sahaja.

Itukan cara untuk menghargai diri sendiri setelah dah berusaha gigih untuk berjaya.

Saya katakan kepada dia. Mungkin tidak kot, mahai sangat menda gemok tu. Hohohoo..

Ni ha gambar dua menda gemok idaman saya tu.



Apa pun saya senyum dan rasa happy bila dia keluarkan kenyataan macam tu kepada saya. Ya, mungkin betul kata dia kalau dah mampu, apa pun bisa di dapatkan. Dan buatlah selagi ianya tak salah kan.

Dan dia, memang satu nya yang begitu cuba menghargai saya saban hari. Betul saya cakap, sebab dia tahu betapa saya susah sangat nak minta sesuatu untuk diri sendiri, tapi dalam masa sama, mencukup dan cuba melebihkan keperluan dia dan anak.

Kekadang rasa malu nak minta, walau itu duit sendiri, sebab rasa setakat ini, belum begitu banyak yang saya dah beri pada dia dan anak. Betapa kekurangannya saya ni.

Yang sebetulnya, saya sedar. Bukan menda gemok tu yang saya perlukan, tapi manusia berdua ni. Pendamping suka duka saya.

Isteri yang solehah dan Baby yang soleh inilah impian besar saya. Semoga ALLAH terus memberkati mahligai cinta kami. Terus menyuburkan dengan kasih sayang, dan cinta sampai ke alam akhirat.

Amin yarabbal alamin.. 

1 comment:

Kira Sakura said...

amin amin

abi. mohon didik kami sebaiknya. moga kita sekeluarga bersama pengikut Nabi Isa menentang dajjal, yakjuj dan makjuj nanti amin

Buta+Pekak+Bisu=CINTA