Followers

Wednesday, 9 April 2014

Susah kan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu lepas, hari Selasa dan Rabu, saya ke KL. Asalnya macam tak nak pergi, tapi adik dan Mama macma ada harapan juga nak saya bawakan mereka ke sana, jadinya saya ambil cuti demi membawa mereka ke sana.

Adk saya ada interview untuk jawatan di off shore, jawatan idaman dia sejak sekian lama, tapi sayangnya tak dapat sebab mereka memerlukan orang yang berpengalaman, bak kata mereka.

Saya yang dengar tu rasa macam hangin juga la. Sebenarnya bukan kita nak hangin sangat tak tentu pasal, tapi bagi saya mudah, kalau taknak ambil yang tak ada pengalaman, tulis dalam iklan yang dikeluarkan tu juga. Supaya orang tak berharap dan datang dari jauh. Macam kami ni, modal tu. (sebenarnya bukan bab modal sangat, cuma saya dukacita dengan cara ianya di habiskan macam tu).

Bab pengalaman, saya mengaku , pengalaman itu penting. Tapi, kalau tak diberikan peluang, bagaimana untuk didapatkan pengalaman tu? Betul tak? Kita mahukan yang pengalaman, tapi tak memberi pengalaman, bagaimana nak didapatkan pengalaman tu?

Itu satu la, bab kedua, orang yang datang dengan experience dari satu syarikat itu straightaway akan disuruh balik. Soalnya, adakah mereka tulis begitu di iklan? macam saya cakap tadi, mereka harus fikirkan kesusahan orang yang datang dari jauh hanya untuk mendapatkan kerja ini. Bukan mudah. Kita tak tahu sesusah mana orang berusaha sampai ke sana. tapi di suruh pulang hanya dengan alasan sebegitu.

Tak logik di akal. Dan tak patut la.

Sama sebagaimana kita ke temuduga jawatan di satu sektor tu, ini pengalaman saya tahu, belum masuk dah tahu orang belakang saya ada peluang dapat kerja. hanya sebab ada 'orang dalam'. Agak agak kalau readers ada di tempat saya, apa perasaan readers?

Susah kan...

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ermmmmmmmmmm

Z@i Z@mR33 said...

sm la...penah bape kali p interview kt satu sektor tu tp mmg xde hrpn.penah gak ms dok tggu tu ada sorang yg keja situ tnya kt sorang dak yg mai interview 'surat sokongan tu boh skali tak?' dh sah2 mmg org len xda hrpn nk dpt keja tu

Kira Sakura said...

betul saya setuju.eh saya pulak kikiki :p

betoi la tue adalah lebih baik tulis kat notis tue sesiap "yg ada orang dalam adalah dialu2 kan"

Buta+Pekak+Bisu=CINTA