Followers

Wednesday, 9 April 2014

Hambar

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni hambar. saya sibuk dengan mencari penemuan buat soalan soalan yang tak kunjung tiba. Saya minta izin dari isteri sebab saya nak fokus pada pencarian saya ni. Agak sukar sebab mencari dengan sambungan internet yang agak lambat. hairan saya, dah ada fixed line pun masih bermasalahkah? atau saya yang sudah terlebih guna atau terlebih harap pada kelajuan yang sebenarnya bukan untuk pakej saya? abaikan persoalan itu.

Dri hasil pencarian saya, terjumpa dengan penemuan penemuan yang agak berat pada fikiran ni. banyak yang masuk buat semakin pening dan semakin konfius dengan data data yang timbul tu. Satu satu cuba dihadam, namun berat. Mana tidaknya, soalan tidak dibalas dengan jawapan, tapi soalan baru yang timbul bertanya tentang soalan yang sudahpn jadi tanda tanya semenjak dari awal.

Satu per satu menjengah fikiran saya. Hingga akhirnya ALLAH pertemukan juga dengan perkara asas yang mungkin kita kita dah terlepas pandang.

nak tahu apa dia? AKHIR ZAMAN. Kenapa akhir zaman? Apa kelengkapan menghadapinya? Adakah cukup kita dengan amalan? Seteguh mana Iman kita menghadapinya? Sekuat mana kita sebenarnya berjuang demi agamanya?

Tepuk hati, tanya iman kita.

2 comments:

Kira Sakura said...

moga kita sama2 kuat berjuang. bila ummi lemah, abi kena tolong kuatkan. bila abi lemah insyaAllah ummi sokong dari belakang kuatkan abi. insyaAllah.

fisabilillah

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA