Followers

Wednesday, 11 June 2014

00:52AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 00:52AM. 

Baru pulang dari sesi lepak lepak dengan cekgu dan 2 rakan traders. 1 nya walau agak asing dahulu, tapi agak rapat denganku. Satu lagi, tak begitu rapat tapi agak mengenaliku. 

Lokasi mee udang sungai dua. Sebaik sampai memang mereka menantikanku. Satu pinggan tersedia, bersama makanan yang menanti untuk dijamah. Alhamdulillah. Rezeki malam ni dengan mee udang walau akhirnya tewas juga kerana kondisi perut yang sangat tak stabil malam ni.

Sharing session sangat menarik dan mengangkat semangat diri memuncak. Mungkin kuatnya sebagaimana bulan bulan lalu ketika turun padang menuntut ilmu di ibu kota. Ketika cekgu bersemangat bercerita penemuan terbaru, abang berkongsi penemuannya juga. Hebat memang hebat bila mana ilmu ilmu yang dikongsikan itu menunjukkan bukti depan mata yang nyata. SubhanaALLAH.. Pertemuan yang diizin ALLAH demi secebis ilmu yang susah dapat ditempat lain. Syukur atas perjumpaan tadi. 

Selain itu. Syukur juga kerana pertemuan ini selain dari segi ilmu tapi juga dari spiritualnya, emosi dan azam jadi lebih kuat. Bila mana cekgu terusan memberikan dorongan. Dipujuknya hati yang sedikit masa dahulu hampir patah dek kegagalan dan prediction yang bukan salah tapi kurang tepat diwaktu tu. Alhamdulillah. Walau sedikit hembusan semangat tapi mampu memberikan daku 'kekuatan' untuk capai target bulan 9 nanti. Moga ALLAH bantu diri mempermudahkannya.

Terima kasih semua. Moga ALLAH permudahkan urusan kalian juga. Dan buat diriku sendiri, sedang berkira kira nak outstation ke sana lagi. Kali ini mungkin direct beberapa hari demi mendapatkan pencerahan mengenai ilmu ini. 

Kejayaan. Aku datang. Nantikannya...

2 comments:

Kira Sakura said...

nak ikut abi pi outstation hihihihi

Nurzakiah Hanum said...

insyaAllah

Buta+Pekak+Bisu=CINTA