Followers

Tuesday, 17 June 2014

2 kisah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

2 kisah. 2 cerita berlainan. Tapi mengenai 1 hati.

Pagi tadi, isteri hantar SMS dekat saya. Katanya seorang officemate dia baru meninggal. katanya ada anak seorang yang lebih muda dari si kecil kami enchik Fateh Uwais tu. Saya tak sempat pun tanya details dari dia sebab saya sibuk. Well semenjak dua menjak memang saya sibuk. Sibuk selesaikan apa yang masih ada. sibuk nak ambil apa yang boleh saya ambil dari partner saya. Malas dah nak kena bebel dengan boss, walau pun bukan salah kita, dan partner kita taknak kasi, takkan kita nak pergi gegar dia paksa paksa dia kasi kat kita kan? (walau dalam hati seronok tak ada orang kacau)

Kisah kedua plak, baca di facebook pagi tadi. tabahnya seorang suami mengutip isi isteri nya yang meninggal betul betul depan mata dia digilis lori. Terkedu saya baca kisah dia. nak menangis pun ada juga la. tabahnya hati kamu wahai abang. Dan anak mereka juga masih kecil. baby lagi tak silap saya.

Kesimpulan keduanya, mati tak tunggu kita. dia boleh datang bila sahaja dia nak datang. Kerana kita ini adalah hak NYA, dan DIA tak perlu tanya kita bila DIA nak kita balik. Sama ada kita bersedia atau tidak sahaja untuk waktu tu.

Buat kedua insan dalam kisah kedua di atas, salam takziah saya ucapkan. Moga ALLAH balas kesabaran tuan tuan berkenaan dengan sebesar besar rahmat. Amin Yarabbal alamin.

Dan buat kita yang masih ada. mungkin tak sampai satu saat lagi kita akan diambil. atau mungkin lagi satu minit. atau satu jam, atau esok, atau lusa, atau entah tahun depan. Bila pun ia, jadikan kisah kisah berkenaan satu peringatan, agar bila satu hari nanti kita diambil, sebagai para soleh dan solehah nya, sebagai seorang mujahidnya, hamba yang berjuang kepada agamanya.

mudah mudahan. Amin..

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA