Followers

Tuesday, 24 June 2014

Ahad kami - Ajar anak berjalan

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Entry pagi isnin yang membawa ke malam Selasa. kihkihkih. Ummi dah request , jadi saya selesaikan juga la ye.

Seperti biasa la. Hari Ahad saya dengan rutin juga kebiasaan kami iaitu mengasuh tuan putera kami. Seperti biasa hari Ahad tak ada banyak beza, cuma kali ni, saya luangkan lebih masa bermain dengan anak. Dan saya dapat detect, dia suka benar dengan baby walk dia tu. Dari satu sudut ke satu sudut dia akan tolak baby walk dia tu. dan tugas saya plak akan bantu dia ubah haluan bila dah sampai ke jalan mati.

Dalam dok tengok dia tu, rasa kesian pula. Ya lah, begitu bersemangat nak berlatih, tapi tak dapat sebab ada kekangan rumah yang sempit. Dari sana saya dapat idea, saya hantar SMS dekat Ummi ya, beritahu suruh cadangkan satu tempat di mana saya boleh bawa si kecil kami bermain dengan sepuasnya. Saya kata nak bawa bagi si kecil ni tolak baby walk dia dan luas.

Lepas balik ja dari makan tengah hari, dah si kecil tak mahu tidur, sungguh sungguh dia menjerit tiap kali saya bawa dia masuk dalam buaian. Menangis pula buka menangis macam biasa, tapi menjerit jerit. Saya pun tak tahu apa nak buat, last sekali saya bawa dia masuk dalam tandas, saya mandikan dia, kemudian bersiap dan bergerak awal menunggu ummi di bawah pejabatnya.

Nah, sampai sahaja ummi, senyum manis sangat. suka la kot sebab dah nampak umminya. Tapi dah jadi lain, sebaik dia menyusu, dah pejam mata tu. saya beritahu Umminya, tak apalah, kita batalkan sahajalah plan petang ini sebab anak dah tidur, kesian juga pada dia, sebab tengah hari ni dia tak mahu tidur. Ummi setuju sahaja dengan cadangan saya. tapi mohon saya bawakan ke kedai sebab ada menda yang dia nak cari. dah elok sampai tempat tu, si kecil terjaga. dah ubah lagi plan.

Ni ha apa yang berlaku hari tu. seronoknya saya tengok dia menolak baby walk dia tu di atas rumput yang luas. asalnya Ummi cadangkan nak lepak kat dataran tu sahaja, tapi saya kata mohon ubah ke rumput sebab saya risau si kecil akan jatuh masa tengah laju menolak baby walk dia tu.









Tudiaaa... dok ralit menolak. sekali sekala tengok macam dok tolong mesin rumput pula. kihkihkih. tak apalah, mesin rumput pun mesin rumput lah. Janji Yayang Ummi Abi sehat walafiat sudahh~~

2 comments:

Kira Sakura said...

Akhirnya lpas rndu ummi ni nl baca emtry abi.

Asyik refresh je xkuar2 entry bru. Hikhikhik :p

uncle gedek said...

bagi mesin rumput betul lagi 2 dalam 1...

hehe... comel oh!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA