Followers

Tuesday, 10 June 2014

Rumah idaman Mama

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi tadi, masa sebelum pergi kerja, seperti selalu la, waktu tu akan jadi waktu paling penting rasanya untuk setiap pagi saya bila bersama mama. Selalunya Mama sediakan sarapan, lepas tu dia akan hantar saya ke depan pintu rumah, dan tunggu sampai pergi kerja.

Selalunya, waktu tu la waktu 'emas' kami selain bila keluar la kan, waktu tu Mama dan saya akan bercerita. Pagi tadi Mama cerita masa beberapa hari dia ada di rumah tok saya hujung minggu lalu. katanya makck bawa dia ke rumah adik makcik dekat dengan rumah tok saya tu.

Rumah dia kata Mama kata ada dalam dusun. Di belakang dusun ada macam macam buah. Dia beli tanah dalam 70k macam tu la, tanah dusun tu. Depan rumah dia ada lagi satu lot dusun juga, sama juga harganya 70k juga untuk lot tu. Rumah dan kawasan rumah sudah tentu sangat luas la. Rumahnya kata Mama dalam 200k + macam tu. dua tingkat, empat bilik. dua di atas dan dua di bawah. Dapur sangat luas. lepas tu di halaman rumah juga sangat luas. di luar rumah ada tempat nak melepak lepak, (buat dengan sangat cantik, lantai guna tiles yang kilat dan cantik. ada kipas apa suma di sana). lagi kata mama ada pouch kereta sekali.

Rumah tersangatlah cantik kalau ikut cerita Mama tu. Cara Mama cerita macam dia teringin sangat rumah macam tu.Seronoknya masa dia cerita tu buat saya rasa happy. Dalam masa sama berdoa doa dan doa. sambil cakap dekat dia, tak apala Mama, mana tahu satu hari nanti akan tiba masa kita kan Mama? Dia senyum, penuh pengertian. Mudah-mudahan. Amin.

2 comments:

Kira Sakura said...

mintak mama doakan abg. doa seorang ibu kan paling berkesan :)

Cik Asma BLuppy said...

insyaALLAH. semoga impian mama tercapai. amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA