Followers

Wednesday, 4 June 2014

Ujian lagi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ujian lagi.

Selepas satu ujian, satu lagi ujian datang. Menguji, sekuat manakah kita? mampu atau tidak kita menghadapinya. tapi itu hanyalah apa yang kita kata, maksud saya pandangan seorang manusia biasa begitulah, adakah kuat kita mnghadapi ujian yang datang, mampu atau tidak kita menempuhnya.

tapi dari sudut lain, dari sudut Maha Menjadikan, sebaik kita menerima ujian yang diberikan, sudah pasti, kita adalah orang yang mampu menghadapinya. SebabDia tak mungkin berikan kita ujian andai Dia tahu, kita bukan orang yang mampu menghadapi ujian berkenaan.

Ianya bukan mengenai saya, tapi sekali lagi sahabat saya tu.

Dikala ayah mentua mula menunjukkan tanda tanda akan pulih, ibu sendiri pula disahkan doktor bakal lumpuh.Katanya, otot otot di kaki dah mula mengecut, mungkin perlu bersedia, tak boleh berjalan lagi. luluh hati, hancur, mengenangkan. namun apakan daya, bila itu takdirnya, siapalah kita menidakkan apa yang sudahpun tertulis sejak dari terjadinya kejadian bumi dan langit ini.

Dia terus sabar dan sabar.

Bukan senang nak dapat Syurga.

Mendoakan dia akan terus sabar, dan mendoakan semuanya akan pulih seperti sediakala. dan ibunya pulih. Amin. 


2 comments:

idzwa kamaruddin said...

pengorbanan utk dptkan syurga..

Kira Sakura said...

Allah siannya abg ;((((

Buta+Pekak+Bisu=CINTA