Followers

Thursday, 12 June 2014

Menjauh dalam dekat

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Baru baru ini saya terbaca satu status seorang sahabat. Bunyinya kecewa amat. Saya jadi hairan masa tu. Saya text dia tanya tapi tak ada jawapan. Keesokannya saya cuba lagi. Since saya tak begitu rajin taip soalan yang sama berkali kali maka nya saya copy dan paste mesej yang sama kemudian bertanya kepada dia apa masalahnya. 

Mulanya dia macam berat nak jawab. Tapi lama kelamaan bila saya tanya. Dia jawab. Mengenai teknologi. Bagaimana teknologi itu sebenarnya menjauhkan dalam mendekatkan. 

Apa yang jauh dan apa yang dekat? Teknologi telah mendekatkan yang jauh, namun dalam masa sama menjauhkan yang sedia ada dekat. 

Kita terlalu asyik dengan yang jauh sampai yang dekat akhirnya bertindak menjauh. Kerana terasa diabaikan. Bila ada tidak diendahkan. Sampai apabila hati mula terasa maksudnya ia dah mula membarah dalam hati. Berjaga jagalah wahai kita. Mungkin betul teknologi itu mendekatkan tapi jangan sampai yang dekat menjauh. Berat tu! 

Yang jauh itu nikmah yang dekat itu amanah. 


1 comment:

Cik Asma BLuppy said...

tulah kan. selalunya macam tu. harap2 kite dapat elakkan.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA