Followers

Monday, 9 June 2014

5:37AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

5:37AM, Shahab Perdana

Selamat pagi isnin. Minggu baru datang. Mungkin bakal memalitkan kisah baru. Tak kiralah sama ada dia bakal memberi pengalaman indah, atau apa sahajapun, tapi yang pasti seburuk mana di mata kita pasti perancangan ALLAH yang Maha Kuasa itu serba indah lagi brhikmah. 

Semalam sampai pun dah agak lewat. Dalam pukul 10 lebih macam tu. Jarang sekali kami sampai sebegini lewat. Namun minggu ini, dek kerana ada hajat yang perlu diselesaikan, kami gagahi juga. Alhamdulillah, walau tidak sepuas hati yang ingin menatap juga bermain dengan nya, namun hajat ingin melihat, memegang tu dapat juga kami tunaikan. 

Sebenarnya, Dua sahabat saya ditempat kerja, ajak berjumpa semalam. Hajat nak tengok budak tu. Tapi sekarang ni dia memamg tak mahu dekat orang yamg dia tak kenal. Memang menangis nangis la bila diberikan dia pada mereka. pandai pula tu, nak pergi, tapi tak sampai berapa saat da menangis. 

Geram kata budak budak tu bila jmpa dia. Sakit gigi gigi sbb tahan ketap gigi. Bukan tu sahaja, kena jadi plastik lagi. Tak boleh kasar kasar, kena behave sangat sangat kalau nak dia. Dalam berdua tu, satu dia berani lagi pergi. Satu lagi langsung tak mahu. Sebab satu tu boleh tahan. Satu lagi pepaham la. Dia tak mahu langsung. Pujuk dengan makanan pun tak jalan.

Kata isteri, kami tak salahkan orang geram dengan dia. Sebab kami pun jenuh tahan geram dengan dia. Hihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA