Followers

Tuesday, 3 June 2014

Reaksi isteri.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Reaksi isteri.

Minggu lepas masa saya jumpa dengan sahabat, dan kongsi kisah hidup dia yang baru baru ini sangat menyedihkan. Saya share dengan isteri saya. Sangat menyedihkan la. dengan isteri yang kursus lama, lagi pak mentua yang sakit, sampai masuk ICU, mak mentua yang tak mampu lagi jaga anak memandangkan pak mentua sakit, mak sendiri juga sedang sakit dalam masa sama. Akhirnya membawa kepada anak terpaksa di hantar kepada orang lain jaga. bayangkan, anak yang tak pernah ada 'di tangan' orang, terpaksa juga di hantar. Hati mana tak luluh bila menda ni jadi kan? Isteri sendiri, dengar pun dah basah mata kenangkan anak sahabat saya tu.

Semalam, dia beritahu saya,
"kalaulah kita tak PJJ kan, sanggup dia minta jaga anak sahabat saya tu di malam hari. "

terdiam saya dengan apa yang disampaikan tu. terkedu kejap. dalam hati senyum lebar. bangga saya dengan apa yang di kongsikan isteri. Sungguh saya tak sangka sampai tahap tu dia fikir untuk budak tet tu.

terima kasih sayang. 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA