Followers

Wednesday, 11 June 2014

#JJTL : burger terbakar

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry kedua tak silap saya untuk slot jalan jalan tambah lemak ni. Kali ni lokasi terbaru kita Kedai Burger Bakar Abg Burn di Shah Alam. Lokasi betul betul depan pintu UiTM Shah Alam. 

Yang boleh saya ulas. Sangat tak okeh. Berbeza sangat dengan kali terakhir saya datang. 

1. Lambat. Ini bukan sebab orang ramai pun. Tapi entah kenapa, satu yang saya tak pasti la. Takkan la nak briefing time ada customer. Agak agak la. Briefing pun, nampak customer datang at least tegur la. Suruh tunggu sekejap ka apa ka. Baru betul. 

2. Saya rasa pelik bila kali ni datang pisau pun tak ada. Bila tanya katanya dah tak ada. Kalau dulu ada. Kenapa sekarang boleh tak ada. Rasa tak luak pun kan kalau ada pisau nak potong daging tu. Nampak la proper sikit. Mudahkan customer makan apa. Well, burger bertingket, ada tu mudah la nak makan. At least tu bagi saya macam satu kelebihan la kalau ada. 



3. Meatball memang gagal. Rasa hangit!

Pelik juga kenapa degraded servis apa suma. Padahal dah lama buka. Patut semakin maju la. Tapi fikir balik. Patut la kedai pun tak ramai orang. Dah ramai rasa macam saya gamaknya. Sadis kan? Dah maju. Yang best best pun hilang~~

Rating saya : 
Failed! Cadangan, Tak payah pergi la. Cari yang lain. Bersepah sekarang. 


Psst : saya pergi yang Alor Setar, kedai sama nama, cawangan lain. Dan semuanya superb! Hairan kan??


3 comments:

Cik Puan Rara said...

aah kan.kadang2 cawangan ni nama je sama.tapi cara pembuatan lain lain.last2 semua org dh x nk pegi.

Nurzakiah Hanum said...

hairan kan

Hafizin Jamil said...

abg burn sibuk tu.. tak sempat nak handle betul2. hehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA