Followers

Thursday, 19 June 2014

Hati berbunga bunga

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hati berbunga bunga.

Budak kecik kesayangan kami ni, kalau dapat bawa dia p jalan jalan, tengok orang, dia mesti suka. Baru baru ni, selain dari bawa dia bermain dekat pantai, dekat padang, ada juga saya bawa ke taman mainan.

Haih la. punya seronok kata Umminya. Muka berseri seri.

Gamaknya seronok kot saya bawa dia.

Mula tu kat gelongsor, konon la nak mengelongsor, tapi kena pegang jugak. Muka budget ganas, tapi nampak seriau jugak tu.kihkihkih


Next, saya bagi naik jongkang jongket pula. Ohh ini memang kesukaan dia. Sebab saya selalu letak dia atas perut, pastu kekonon bebuat macam kuda la kan, nah, skali dapat naik kekuda betul, bukan main happy lagi dia.




Betul kan? nampak happy sangat dia dapat naik menda ni.

Kemudian ada juga bagi naik buaian. Yang tu tak sempat nak snap, sebab saya seorang ja kat taman dengan dia, nak pegang anak ka nak snap? mesti la anak kan? kang tergolek tak pasai ja, ngamuk Ummi dia. kihkihkih..

Ohh ya, ini satu lagi inspirasi dia nak mengkudakan dirinya.
Duduk atas bahu saya, lepas tu bergerak gerak macam naik kuda. kekadang tu seriau juga, tapi kuat tu pegang tangan dia. dengan Ummi di belakang support. SELAMAT..


2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

so cuteeeeee

ummi aqilah (LM) said...

Hihi.. Kemain hepi muka uwais

Buta+Pekak+Bisu=CINTA