Followers

Monday, 5 January 2015

05:42AM

Assalamualaikum, dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Salam pagi isnin, salam subuh. Selamat datang bulan lagi. Pagi ni bangun awal. Anak pun sama awal. Kat stesen bus da menangis nak ikut. Saya terangkan pelahan lahan buat kali yang kedua. Lepas bagi balik pada Ummi dia pun duduk diam dalam carseat. Dan ummi beredar. Saya perhati sampai tak nampak di mata saya lagi. 

Minggu ni, dua hari anak tak mahu tidur siang. Sabtu nya sekali: sampai kami balik dari jogging tu, dia dah lena. Hari ni tak diangkat. Sebab tahu dia letih sangat. Cumanya sebelum kami masuk tidur, kami lap tubuh dia dan salin pakaiannya kemudian sama sama Tidur bersamanya.

Ahad juga sama. Kalau selalu jam 9 dah pengsan entah ke mana. Pagi tadi ni dia tak nak tidur. Jam 10 baru nak lena. Tak lama. 3 minit saya buaikan dia dah tidur. Membawa ke jam 1237 waktu saya angkat dia masuk dalam kereta. Kemudian terus ambil ummi. Next stop, carikan dodoi durian kat kak dia tu. Lepas beli singgah depan masjid zahir. Hari ni berbekal lagi kami makan. Nasi putih dengan ulam tomato bersama sambal tumis sotong bersama saderi + carrot Goreng taucu. Jadilah kan? Kekadang seronok juga dapat macam ni. Seronok berkongsi sebenarnya. Dan mesti la paling seronok sekali beri si kecil tu makan. Syukur. Berselera sumgguh dia. Sampaikan waktu kami makan pun dia nak sekali. Suap ja. Sayur kat dia. Ok kan bagi dia makan sayur banyak banyak. 


Petang nya lepas balik rumah. Hari ni tak terus balik. Sebab kereta dah lama tak servis. Kami berdua, saya dan anak singgah dahulu kedai servis kereta. Alhamdulillah, dia tak meragam. Tapi jenuh nak kejar juga. Ni gambar bawah ni. Ramai tegur kata dia tonggek baik punya. Tapi sebenarnya dia tengah letak sebelah kaki dalam kotak sport rim tu. Padal tu nampak lentik baik punya tu. Memang jenuh. Satu satu kotak dia masuk kaki. Tu belum kira baring atas sport rim satu satu.


Selesai tu balik rumah. Dia tak mahu tidur pun. Saya tak pasti kenapa. Tapi rasanya perut tak sedap jugak kot. Tapi tak adalah dia buat perangai pun. Main sahaja. Sampai dah petang. Kami bersiap. Ambil ummi. Dan terus ke taman jubli. Alhamdulillah hari ni ada Mummy GK dia ajak dia main lagi. Semalam ptang tak puas main. Saya tinggalkan aja mereka bermain. Saya ada misi saya sendiri. Mulakan balik yang terberhenti hari tu. Moga dipermudahkan. Amin.

Balik dari main. Seperti dijangka. Atas kereta dah lena. Tapi hari ni kena kejutkan. Dia belum mandi dan dia buang air besar. Kesian kan? Kalau tak memang saya bumiar ja. Lap badan pun sudah memadai. Apa pun semoga trrus membesar dengan sihat yayang, abi Ummi love u sangat.!!

2 comments:

Kira Sakura said...

Lepas ni boleh declare dah la ahad hari abi memasak? Ekekekekee

Diana Rashid said...

bagusnya..kecik2 dah biasakan makan sayur...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA