Followers

Wednesday, 28 January 2015

Satu persatu jalan ku susun

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

beberapa hari dengan projek nampak nya sangat sibuk. tak sempat nak buat banyak menda sewaktu masa lapang ni. Actually bukan sibuk dengan projek sahaja, tapi masa ni la perkara lain lain tu datang. sabarlah wahai hati, seronok juga disibukkan macam ni kan? ha, dah dekat nak masuk February dah, by early of next week bakalan kehilangan dua sahabat baik saya kat kilang ni. keduanya keluar dalam masa yang hampir sama. Keduanya pergi dengan jalan cerah dihadapan mereka, mungkin dengan melihat mereka sedikit membuka mata saya bahawa, masa saya juga akan tiba.

Since masa saya pun bakalan tiba tak berapa lama lagi lepas ini. Saya sememang nya sedang menyusun strategi untuk saya menghadapinya. Dan since plan A saya sudahpun menemui jalan buntu, terpaksa saya wujudkan plan plan lain demi meneruskan cita cita yang dah lama dipendam sejak sekian lama tu. satu persatu sedang saya plan.

Malam ini, ada perjumpaan dengan seorang 'insan hebat' dari Pantai Timur, saya kenal dia melalui FB ja, nampak bagaimana kekadang dia sangat mengispirasikan kerjaya sebagai businessman ni jadi terbuka hati nak ajak dia jumpa since dia datang ke tempat saya ni, alhamdulillah, dia pun tak pernah lupa pada permintaan tu, malah, dia yang awal awal tag saya di FB tu menghebahkan kedatangan nya pada hari ni. Alhamdulillah, bak kata isteri sahabat yang call saya petang tadi, Nadzri pergi la jumpa dia, ambil "energy" dari dia. ya sememangnya itulah plan dari awal sewaktu orang tu cakap nak datang sini.

Sabtu pula, alhamdulillah di beritahu isteri yang sahabat tempat kerja dia free. Jadinya kami bakal meng-awalkan perjumpaan yang sepatutnya dijangka pada awal bulan 2 nanti. Syukur dipermudahkan. haa, ini kes lain pula ni, sebab sama juga macam perjumpaan malam nanti, hanyalah perjumpaan sharing sharing ja. For info, suami kawan isteri ni dia dulu seorang pekerja bank, kemudian melompat dalam agriculture, kemudian, melompat plak kat marketing field, sebelum membuka company sendiri, saya tertarik nak jumpa sebab dia nak share, bagaimana dahulu dia bermula tu semua, bak kata dia, sebelum kamu melompat elok kamu ambil dahulu pengalaman dalam bidang berkenaan, rasa dahulu sepak terajang bidang tu, at least bila satu masa nanti kamu dah tahu apa kesusahan bidang ni. Saya setuju, sebab tu saya sangat excited nak berjumpa ni..


3 comments:

Kira Sakura said...

moga dipermudahkan ye dear. syg sentiasa ada kat tepi abi ;)

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
moga segalanya dipermudahkan AMIN

Diana Rashid said...

semoga semuanya dipermudahkan..:)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA