Followers

Thursday, 22 January 2015

Bebel pagi, 01:30AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 01:30AM, sebelum lelapkan mata. 

Tadi, selepas class Bahasa mandarin, macam biasa lah, weekly meeting, tapi dah tukar jadi weekly usrah sebab topik akhirat dah mula masuk dlm perbincangan. Malam tadi kurang sikit sebab jemaah kurang, cuma tadi lebih pada topik serius, iaitu perancangan masa depan. Siapa kami selepas dari hari ini? 

Perbincangan masuk banyak bulan dan belum ada kata putus, sebenarnya dah tetapi plan A nampaknya susah dilaksana tetapi diubah jadi plan backup 10 tahun lagi. Satu per satu diperhalusi. Yang akhirnya buat kami sedar yang matlamat dan hala tuju perlu dimuktamadkan dahulu baru bermula. 

Mscam kami bincang semalam, kereta dah ada. Nak bawa ke mana tak tahu, main jalan ja. Last mungkin sampai alor setar, tapi pun bukan jadi gerak lagi, perlis, dan jika terus lagi mungkin ke siam, last mungkin dah sampai di vietnam baru sedar yang kita sudsh tersilap jalan. Begitu juga saya simpulkan kami, tanpa arah dan matlAmat cukup susah naik trntukan hala tuju. 

Amazingly apabila hala tuju ditentukan, ilham datang macam air dari bukaan paip, menderu deru keluar, satu per satu datang, yang akhirnya terbuka minda untuk satu per satu rancangan kami. Alhamdulillah, ALLAH dah permudahkan pun untuk ilham dan idea. Sekarang bagaimana mahu kami interpretasikan idea idea berkenaan untuk serasi dengsn kami juga situasi semasa. 

Hati juga perlu tekad, tak ada yang bermula esok dah berjaya. Lalui dahulu liku liku nya. Ingat, ALLAH mesti bagi klu kita usaha. Yakinlah!

1 comment:

Kira Sakura said...

moga dipermudah yayang amin =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA