Followers

Tuesday, 20 January 2015

MC

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

MC pertama untuk tahun ni. adalah pada hari ni, 20 January 2015. Reason, rasa tak selesa sebab dah banyak hari saya sakit kepala. Dari minggu lepas lagi, masa di kampung sampai ke hari ni. Masih ada sakit sakit dia tu. Masa nak ke klinik tadi pun rasa juga dia berdenyut di belakang kepala tu, macam dia tekan tekan belakang kepala tu, tapi lepas dah sampai klinik macam dah okay pula.

Mula tu rasa macam tahu sebab apa, ya lah, minggu lepas kan slumber badak ja saya pukoi setiap malam 2-3 pagi baru balik, paling dasat malam Rabu tu, pukul 4 baru sampai, dalam 430 baru nak siap siap masuk tidur. 3 jam tidur, pepaham la macam mana weng nya kepala otak ni. Tapi jiran sebelah kat office kata, you lagi bagus tidur lambat la, you tidur awal yang mata merah muka tak ok, bila tidur sikit jam macam ok ja nampak. kakaka. aduh. sekarang saya pun tak paham mana satu ni.

Fikir fikir balik tidur lambat tu nak lena dekat office la masa rehat tu, tapi tak menjadi pun. Entah kenapa tak mampu plak nak power nap dalam setengah ja ke sejam ka masa rehat sebab takut jadi overnap plak. Jadi bila terhati hari sangat tu maka tak jadi saya nak lelap sekejap pum, sebab takut nanti tak jaga, jenuh plak kan. takkan nak psan suruh orang kejut kan, segan ahh.

Ha, minggu lepas ada kawan share pasai power nap tu. Saya tak berapa ingat la , tapi macam ada baca dari segi kajian, sunnah Nabi ni sangat pawer.

kenapa pawer? sebab hanya setengah jam ke sejam tu, mampu beri kekuatan macam kita tidur beberapa jam di waktu malam. Dan ini boleh jadi 'kekuatan' la bila kita berkeinginan nak bangun solat malam.

Sungguh berkuasa kan?

Apa lagi? moh cuba. Kita kejar mana kita boleh kejar. Dunia tak lama dah weh... Jangan sampai dia melangkah pergi meninggalkan kita. dan masa tu kita la yang paling rugi sekali.

Renung renungkan..

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ermmmmmmmmmm

aizamia3 said...

Biasa tengahari saya akan cuba untuk lelapkan mata.. dapat dalam 10 minit pun dah bersyukur sebab nak guna tenaga sampai tengah malam..

Yan Ty said...

Get enough rest and get well soon Nadh.

Kira Sakura said...

abi cepat pindah sini. nak jaga abi ;(

Buta+Pekak+Bisu=CINTA