Followers

Tuesday, 6 January 2015

Bebel pagi, 02:11 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. sebentar tadi jumpa kawan, ada penerangan dari seorang kakak mengenai saham. menda baru juga bagi saya, walau dah ada basic sikit, tapi yang diterangkan kali ni lebih details, lebih menyenangkan nak faham sebenarnya. alhamdul illah. habis selesai dah pukul 11:00 macam tu tak silap, tak lama lah nak dapat sembang pun, orang dah ada family kan, bawa satu keluarga datang, masih sangat bertuah sebab dibenarkan memberi penerangan, secara percuma plak tu pada kami.

Selesai penerangan, macam biasa, saya dah sahabat suka ada sesi bual bual ala ala sesi penggulungan apa yang kami dengar, masing masing akan bagi hujah hujah masing masing apa yang mampu nak dilorongkan nak capai target masing masing. Saya dan sahabat. Saya pulang tadi pun dah jam 1:30 macam tu, sampai rumah, mandi sebab dah basah kuyup, dengan tak ada baju hujannya, lepas tu dah selesai mandi semua, tak selesai rasanya hari kalau saya tak berdatingan dengan lappy demi mengupdate cash flow masa depan kami tu. Saya akui, beberapa hari sedikit down, sebab saya belum nampak cara nak confidentkan diri untuk perancangan besar tu, tapi bila fikir fikir renung renung balik apa yang Ummi pujuk saya semalam tu ada benarnya, saya langsung tak guna duit yang ada tu ke jalan yang salah langsung, semuanya atas menda yang perlu untuk digunakan, bagi saya memang betul pun, hal hal yang bermanfaat ianya digunakan, jauh sekali pada tempat yang merepek, yang sebenarnya membazir. Akhirnya, hati jadi tenang balik.

Sebelum saya mula mengupdate cash flow tadi, saya dah hantar msg pada sahabat saya. Saya suruh dia senaraikan apa matlamat 2015 dia. Kemudian apa plan dia, dan bagaimana dia nak initiate satu per satu plan yang dah ada dalam kepala otak dia. Saya nampak dia begitu risau apa yang nak dibuat tahun ni, jadinya saya accidentally arahkan dia untuk senaraikan perkara di atas. Sebab saya nak dia jelas matlamat dia, kemudian bila dah jelas matlamat, otak akan lebih mudah menggarap ilham ilham yang datang kepada bagaimana hendak mencapai pula matlamat tu.

Perkara yang sama saya buat bila saya buat kira kira masa depan kami ni. Betul cakap, kekadang agak risau juga, tapi kenangkan balik, apa yang kita buat, dan diniatkan demi kebaikan keluarga, jangan rasa takut, ALLAH tu takkan la dia nak aniaya kita? Dia Maha Mengasihani, mesti dia akan lorongkan sesuatu buat kita, ungkapan tu buat diri rasa lebih kuat dan selesa nak bergerak. Makanya saya sediakan beberapa plan masa hadapan yang akan dan sudahpun saya mula beberapa darinya.

Dengan lafaz bismillah saya mulakan, apa nak jadi masa hadapan saya tak tahu, tapi saya pasti, saya pasti berjaya, dan saya akan pastikan, bila saya dah jumpa kejayaan, saya akan tuju pada matlamat asal saya ke atas ni, saya nak membantu mana yang perlu dibantu.

Mudah mudahan ALLAH bantu, moga moga ALLAH mudahkan. Amin Yarabbal alamin.

1 comment:

Kira Sakura said...

betoi yang. syg buat cash flow syg. syg jadi goyang. tapi syg tekadkan diri bulatkan hati. Allah mesti tolong. rezeki tu Allah yang bagi. bukan LPP bagi. bukan dari emas. tapi dari Allah.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA