Followers

Monday, 12 January 2015

05:55AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Jam 0455, dikejutkan ummi pagi tadi. Berat nak bangun bukan sebab tak larat ka apa, tapi sebab rasa belum cukup puas lagi habiskan masa bertiga minggu ni. Bersiap apa semua lepas tu gerak sampai ke Shahab Perdana. Elok saya bangun nak beli tiket anak pun jaga. Tapi saya redah ja pergi tak ambil dia. Biar ummi setekan dia. Elok saya patah balik, dah senyum senyum nampak saya. Terus saya angkat. Jari tu mula la tunjuk sana sini. Agak rasa dah ready, saya letak balik. Dah mula menangis. Tak mahu letak. Saya pegang lagi. Last bawa duduk kat tempat dia. Sama juga. Saya letak tak mahu. Ummi pujuk, dia diam terus gerak. Berat, Tapi apakan daya. Perlu juga balik kan? 

Semalam macam biasa la. Jadi Uwais sitter. Pagi tu, lepas hantar ummi dia. Kami balik terus saya letak dia dalam rumah. Sambil sambil saya kemas dan keluarkan barang dati kereta. Mana tahu srkali saya sedar, dia dengan kereta dia. Dedua dah ada dekat luar. Lajunya.. Lepas tu dah saya kena angkat masuk balik. Dalam jam 10 macam tu kot, dia lena. Sampai jam 12 macam tu. Sempat la saya memasak masa tu. Lepas bangun pun ok ja. Sampailah dia rasa nak buang air besar. Sakit gamaknya. Memusing musing. Kalau selalu membuang tu sendiri semdiri, ni dah membuang kena ada abi. Peluk la saya. Pegang kekuat saya ni. Habis tu. Saya mandikan lagi sekali. Alhamdulillah selesai. Senyum la dah gamaknya rasa selesa dah. 

Tengah hari macam biasa la. Ambil ummi dan lunch bekal sama sama. Lauk tak ada gambar la hari ni. Tapi simple sangat. Ayam goreng perap versi nasi ayam dengan sayur kacang buncis goreng sos tiram ja. Jadilah kan? Seronok juga bila da kembali memasak ni. Atleast satu lagi yang baik. Petang kalau lepas aktiviti tak perlu risau lagi, dah boleh rehat. Makan awal, tidur awal. Kalau tak nak kena masak la apa la lagi. Kacau juga.

Dah makin besar, makin bijak ni. Semalam rasa mencabar juga la. Saya sangat letih sebenarnya semalam. Plan nak lelap la lepas balik petang tu. Dia plak tak mahu tidur. Saya lepaskan ja. Mana tahu sekali dia senyap ja.  Buka buka pintu dia buka laci barang ummi dia. Dah la dalam tu ada macam macam. Saya tutup dan ambil barang tu. Lepas habis tu dia transfr ke dapur pula. Lagi saya risau. Agak tak tahan saya bawa masuk bilik. Tutup pintu. Ok plak dia. Tak mengamuk. Tapi lepas tu saya keluar balik. Sebab nampak dia dah kusai mata. Pertamda Dah mengantuk la tu. Saya pujuk dia. Mula tu jalan. Dia nak tidur. Saya bancuh susu kat dia lepas tu masuk buai. Dia tak mahu pula. Saya kata kalau yayang tak mahu tidur petang ni jangan harap abi bawa main kat playground. Terus saya pusing. Mana tahu sekali dia menangis. Saya buat tak tahu mula mula. Tapi lama kelamaan saya angkat dia. Dia tunjuk buai dia. Nak ajak tidur. Saya masukkan dia. Tak lama pun. 10 minit dah lena. Alhamdulillah. 

Dalam jam 440 saya agak dah ready nak keluar tengok temgok dia jaga sendiri. Keluarkan dia dari buai. Peluk dia. Lepas tu kami keluar. Alhamdulillah. Sangat behave. Kat kerusi tu la dia duduk sampai dah dekat office ummi baru berdiri. Ambil ummi. Kemudian bawa dia pergi seperti yang dijanji tu. Memang dia seronok sangat main. Kami pun seronok juga. Tak ada orang mah. Memang layan aa. Kikikikiki

Petang balik. Siapkan dia (ummi la yang buat, masa ni saya dah pengsan) . Letih sungguh rasa hari ni. Malam tu dah flat dah. Mujur la ummi masih lagi kuat. Kalau dedua flat? Jenuh....

2 comments:

Kira Sakura said...

sebab ummi nampak abi dah flat la ummi gagahkan diri jugak jadi kuat. kalau tidak takde sape nak harapkan ;)

Nurzakiah Hanum said...

Assalamualaikum
singgah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day

Buta+Pekak+Bisu=CINTA