Followers

Wednesday, 7 January 2015

Bebel pagi, 01:04AM

Assalamualaikum. Dan salam serjahtera pada yang membaca.

Saya baru pulang. Haishh, masuk hari ni dah berturut turut dah balik lewat sebab keluar dengan kawan aih. Semalam Saham part 1, hari ni Saham lagi part 2. Asal plan nak balik awal, lepas ja selesai berbual bual dengan akak tu, dah rasa nak balik, tapi mana tahu sekali sangkut lagi. Kalau semalam topik lepas saham adalah perancangan masa hadapan, hari ni topik sedikit serius, topik masa depan juga, tapi masa hadapan yang selamanya. tediaaa...

Bual punya bual punya bual tadi, ada banyak persoalan sahabat yang bagi saya menarik untuk saya kongsikan dengan readers, satunya boleh juga readers ambil pengajaran, selepas saya ambil pengajaran darinya, satu lagi, sedikit sebanyak harapnya dapat membantu kita dalam menghadapi masa hadapan yang makin mencabar ni kan.

Dipendekkan cerita, dari kisah sahabat, dia kembali setelah dia diuji uji berkali kali, dan dia rasa ujian tu sebenarnya ALLAH kirimkan sebab ALLAH nak panggil dia balik. Dan buat pertama kalinya saya rasa saya gunakan perumpamaan matahari, hujan, dan pelangi kepada seorang lelaki demi menerangkan lebih lanjut apa yang saya rasa mampu untuk diterangkan kepadanya. Salah satunya bila dia kata dia rasa rendah diri, bukan kenapa, kawan kawan yang masih lagi hanyut diarus dunia, masih tak solat pun dah berkira kira nak bertunang, nak kahwin, dia macam mana?

Saya terangkan kepada dia, mungkin ada kalanya ALLAH tak beri lagi sebab dia nak beri yang lebih baik kemudiannya,. Saya gunakan cerita kisah masa silam dia nak kaitkan dengan hujah saya, bagaimana, dahulu begitu susah dia diuji, ALLAH sengaja tak bagi lagi apa apa sebab ALLAH nak bagi dia betul betul kembali ke jalan tu, sengaja sebab takut mungkin bila tiba tiba dapat nikmat yang banyak kita mungkin boleh lupa balik kepadaNYA dan kembali melakukan perkara perkara yang berdosa.

Kedua, soalan yang akhirnya ALLAH beri dia jawapan sendiri selepas dah lama dia mencari jawapannya. Soalannya, kenapa bila dia menegur sahabat dia yang lain mereka tak nak terima teguran tu, malah marah sebab dia dahulu salah seorang dari jemaah mereka. Rupanya ALLAH nak dia jawab sendiri soalan yang dia tanya tu malam ni, alkisahnya sewaktu menegur, dia berada dalam keadaan yang memberi orang persoalan kepada teguran tu, ibarat macam ketam sedang mengajar anak nya berjalan straight, begitulah keadaan sewaktu dia sedang memberi teguran, Alhamdulillah saya rasa sebab ALLAH sendiri beri ilham kepada dia tentang jawapan yang dicari tu.

Soalan seterusnya, adakah bila diuji macam ni barulah kawan kawan saya akan kembali ke jalan fitrah. Susah juga soalan ni, tapi saya cuba simpulkan dalam cerita yang mudah, saya katakan tak semestinya dengan ujian sahaja orang tu boleh berubah. mungkin jalan 'mudah' juga boleh membawa kepada perubahan. Seperti contoh pakaian yang terkena lumpur, cuci sekali tak hilang, kali kedua juga tak hilang, tapi tak semestnya bila dah cuci sepuluh kali kotoran tu tak hilang kan? macam tu juga dalam berdakwah, mungkin kali ni kita buka cerita sedikit, lama kelamaan, kita tambahkan info info dalam perbualan kita tu, mungkin satu hari nanti beroleh pengajaran dari kisah kita dan mengispirasikan perubahan pada sahabat kita yang lain. Saya ambil contoh lain supaya dia lebih faham, bagaimana seorang yang nak join MLM boleh berubah fikiran bila melihat seorang leader yang datang dengan kereta BMW yang mewah, macam tu juga kita yang berdakwah ni, kita lah leader dengan BMW mewah tu satu hari nanti di mata para sahabat bila mereka melihat kita dah berjaya berubah jadi yang lebih baik, tak mustahil mereka akan terikut, hidayah tu ALLAH yang bagi, tak kira masa dia bagi, insyALLAH boleh dicapai.

Terlalu banyak sebenarnya kisah yang kami bualkan tadi, dia memberi soalan, dan kami sama sama fikirkan solusinya, dan cuba cari jawapan terbaik pada persoalan tu, dan paling penting, mengambil contoh baik itu dalam kehidupan seharian kami. Alhamdulillah, satu jam lebih yang sangat sangat bermanfaat, moga ALLAH terus pelihara kami dan letakkan kami sentiasa dalam mood kebaikan. Amin yarabbal alamin.


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA