Followers

Monday, 19 January 2015

10:10PM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Selamat hari isnin. lambat plak nak selesaikan entry hari ni kan? dah malam, jam 10:10 baru selesai entry ni kan. Asalnya, pagi tadi saya tak ada internet. Broadband saya dah tamat tempoh selepas 100 hari. Hari ni lepas sampai rumah pagi tadi baru nak topupnya.

Pagi tadi, dari rumah, sampailah ke stesen bus, sampailah saya naik bus dan Ummi gerak sampai rumah, anak masih lagi dok terkedang lena atas seat empuk belakang kereta tu. Mula tu rasa macam tak mahu pergi kerja sebab rasa kepala dok ding-dong lagi pagi ni, tapi akhirnya decide nak pergi juga sebab rasa ada menda menda yang perlu diselesaikan dekat office tu. Masa sampai kat stesen bus tu pun tak rasa nak cium anak sebab takut dia terjaga, tapi akhirnya mengalah, kang tak cium nak tunggu Khamis plak kan baru nak dapat peluang ni, last buat jugak la. Kesian juga tengok anak tu, letih sangat gamaknya kan dok main seharian.

Pagi sebelum balik tu, kami bawa Mama ke Mydin, ada menda yang nak dibeli, dan untuk kami pn ada juga. Pampers anak dah nak habis, kena lah topup, karang tak ada langsung jenuh mana nak cari kan? Masa gerak tu dia seronok la, sampai kat sana pun, sengaja saya lepaskan bagi dia berjalan merata dalam tu, memang dia seronok la boleh jenjalan kat sana, luas kan, lepas tu bawa pula dia main dekat playground dalam mall tu, lagi la dia seronok. Sampaikan, masa kami nak balik tu saya tengok dah melelong lelong dah budak tu, suruh angkat dia, saya letak terus dalam troli tu, macam gambar bawah ni, tak bangun dah, letih sangat la tu.






Sehari sebelum tu, seharian saya tak ada nak temankan dia. Sebab ada class dekat KL. Jadinya dari pagi sampai ke malam saya tinggal dia dekat kampung tu. Pagi tu biasa lah kan, orang dah tahu dia nak kena tinggal, tak lepas saya dari depan mata dia, sampai saya atas kereta nak gerak, dia dh mula menangis, Ummi suruh tinggal ja sebab saya dah macam lambat, tapi tak sampai ati pulak, saya ambil dia , bawa pusing satu round kat tempat ni, bagi balik dekat Ummi, baru ok. Hamboih sangat awak ya. nak suruh Abi bawa pusing ya.

Malam tu saya balik, sama, dia dok asyik main kat depan, saya dekat dapur, sekejap sekejap panggil syaa, bukan kata panggil mulut ja, tangan tu sentap baju saya, pastu konon heret saya la, suruh ikut dia pergi depan. bila sampai depan, saya tengok dia nak main dengan abg sepupu dia ja pun, so saya tinggal la dia kat depan saya ke belakang balik, rpanya tak boleh, dia datang, jerit jerit nak nangis tu, suruh datang dekat dia. pastu saya pergi tak dihiraukan pun sya, saya patah balik, dia buat lagi..
ghihihi, memacam la awk yayang oi..

Jumaat, petang tu since tak ada aktiviti, saya bawa budak kecil sayang ni pergi main dekat taman, dalam masa sama boleh la juga saya nak berjogging kan, alhamdulillah, dua perkara dpat diselesaikan sekaliguskan. Lain sikit sebab hari ni tak ada ramai orang, saya slumber ja bagi dia lepas, tengok dia nak buat apa, seronoknya tu bukan main. Sekejap sekejap ke sana, sekejap ke sini, berlari dia masa turun dari gelongsor nak naik meniti melalui jalan ke atas ni.Bila dah naik, kami letakkan dia kat gelongsor, dah turun berlari nak naik balik.


Dah semakin besar, semakin aktif, dan perangai tu, memacam, sampai tak larat rasa nak gelak dengan keletah dia. Makin tak sabar rasanya saya nak sampai masa tu, sabar ya. tak lama dah. InsyALLAH, tahun ni mesti mencapai cita cita, zero debts. Amin amin.. 

Perhatikan muka bahagia tu..

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya

Kira Sakura said...

ohhh dia baring jeke dalam tu sepanjang abg tolak dalam trolly tu?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA