Followers

Tuesday, 27 January 2015

Langkah ke depan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam, rasa dah lama saya simpan rasa nak luah, saya panggil jiran depan saya, group leader untuk group kami kat kilang ni, saya khabarkan, saya bersedia nak ambil projek yang mereka tengah jaga currently. Sebab saya kata saya rasa mereka tengah struggling dengan projek yang mereka jaga. Saya nampak juga mereka begitu sibuk saban hari. Sebenarnya dah lama simpan rasa nak ambil, tapi tak diluahkan pun.

Elok pagi saya beritahu, petang terus buat meeting untuk kami bertiga. Untuk beri kerja, mana syaa nak buat, mana mereka nak buat, maksudnya tak adalah saya ambil semua, tapi bahagi task sorang sedikit, dan bakinya masih engineer yang lama uruskan. Tetapi nampak task yang smpai ke tangan saya tu agak banyak juga. Mula rasa macam wah, tapi fikir balik, tak apalah, kekadang fikir fikir sangat bosan kot duduk tak ada banyak kerja ni.

Hari ni, alhamdulillah,, dalam banyak task yang sampai ke tangan saya, beberapa dah diselesaikan, cuma ada sedikit yang saya perlu hold sekejap, sebab nak kena review part dan juga keluarkan report sbelum saya boleh pass barang yang ada di tangan saya kepada pihak lain untuk meneruskan kerja mereka. Saya plan akan siapkan dalam minggu ni juga perkara ni sebab akan datang, bulan 2 ni kan Chinese new year, saya yakin bakalan melambatkan kerja kami sebab masa tu tool maker akan cuti selalunya, kilang pun shut down, jadi nampak sangat la yang akan ada sedikit delay kalau tak dipercepatkan dari awal.

So far saya rasa bagus, dengan tindakan yang saya ambil ni, mungkin akan susahkan saya dengan menambah workload yang kekadang saya juga rasa tak padan dengan position saya, tapi tak apalah, tak berapa lama dah saya pun, berilah peluang untuk kedua team member saya kurang sedikit sebelum mengundurkan diri kan?

1 comment:

Kira Sakura said...

takpe la ada jugak hasil last dari tangan abang dekat kilang tu nanti hihihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA