Followers

Thursday, 8 January 2015

Bebel pagi 03:13AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini Rabu. Hari kelas saya. Tapi memandangkan kelas petang dibatalkan, berniat juga nak teruskan usaha ke arah salah satu target 2015 ni, tapi mungkin bukan rezeki saya, petang ni cuaca tidak mengizinkan sayameneruskan cita cita tu, walaubagaimanapun, ALLH kirimkan juga kegembiraan tu kepada saya, sebab dia beri masa lebih untuk saya bersama keluarga. Bila dah lebih dah tu, lupa daratan plak, sampai lewat saya ke klas Mandarin saya malam ni.

Di kelas juga rasa seronok. Mungkin bagus datang selalu sebab semangat lain macam. Ya lah, dah berbulan kelas, tapi tak nampak apa apa yang menarik untuk saya banggakan, jadinya malam ni saya tetapkan satu target juga, satu hari 10 perkataan, dan satu ayat sehari, (moga dipermudahkan la) supaya saya dapat nampak progress tu, ini tidak, balik ja, buku masuk bawah meja, langsung lupa apa yang saya dah mulakan ni. Rugi nya rasa kalau tidak dimanfaatkan, dan tak dibuat sesuatu untuk kejayaan . 

Tamat kelas dalam jam 1030. Macam biasa la, akan ada meeting kami plak lepas dah habis kelas tu. Mula mula duduk, dedua dah set dalam kepala, jam 12 dah nak balik. Lepas tu sekejap datang jemaah ketiga, Alhamdulillah, dari dua dah tambah tiga, ada penambahbaikan ni nampak gayanya bila ada bertambah jemaah kami. Macam biasa, perbualan nak kata kosong tak kosong sangat, memasing dengan cerita masing masing, yang mana malam ni mengenai attitude, mengenai perubahan, visi dan misi memasing VS apa yang dah dilakukan oleh orang bangsa lain VS juga dengan apa yang kita ada VS juga dengan pegangan yang mana sepatutnya dipelopori oleh kita, tapi sayangnya, yang melingkupkan, yang merosakkan, kita la.

Betul juga, bila memasing bercerita apa pemerhatian yang dilihat pada bangsa berjaya ni. Seorang sahabat ceritakan, macam mana mereka begitu komited dengan apa yang mereka lakukan. Tak kiralah apa sahaja yang mereka buat, dan dalam perniagaan macam mana mereka boleh berjaya dengan sikap yang hebat ni. seorang lagi kongsi pemerhatian dia ke atas generasi muda mereka VS kita. macam mana mereka walau tengah melepak, masih lagi dengan buku di tangan. Lagi mengenai layanan mereka, macam mana tak kira dari sesiapa dari bangsa berjaya ni, walau tua, layanan waktu kita ke kedai mereka sangat baik, beza sangat dengan apa yang kita dapat dari sebangsa kita.

Next. mengenai perubahan. Sahabat ceritakan bagaimana brutalnya seorang dari pakcik dia yang tinggal di satu kawasan di Sarawak sampaikan orang dari daerah lain juga kenai dia.tapi mungkin kenai satu side diri dia la, dan sekarang dah berubah jadi Ustaz, lari selepas insaf ke pondok, belajar dan berubah. Sungguh inspiring. Bagaimana begitu dahsyatnya dia sampaikan ke mana sahaja kata sahabat, dihormat macam ketua yakuza kat Jepun tu, pergi market, orang bagi ayam la apa la, kena serve bagaikan raja. Tudiaa,.. saya tak dapt bayang macam mana dia dahulu, tapi yang pasti, hebat. sekarang lebih hebat. Tapi satu cerita perubahan tu positif, ada juga seorang kawan dia yang insaf tapi lepas tu buat balik menda yang tak baik tu. tapi katanya, tak apalah, biasalah manusia melakukan salah, jangan pernah ilang rasa nak berubah, nak bertaubat tu, sentiasa renew solat taubat kita tu, kerana kita tak tahu bila kita bakal dipanggil, jadi biarlah kita sentiasa renew Iman kita, walau kita masih galak dengan dosa yang on off tu.

Cerita azazil, asal usul dia, bagaimana kisahnya dia dihalau dari Syurga, dan janjinya merosakkan anak anak adam. Kisah mengenai asal usul NAFSU, apa yang menundukkannya, Apa itu resm Usmani yang kita dok jumpa kat Al Quran tu, apa dia qiraat tu. Dosa yang sebabkan ALLAH melaknat manusia. Pendapat sahabat kenapa walaupun banyak dosa lelaki dan perempuan, tapi ALLAH masih lagi mampu beri keampunan,tapi kerana homoseks, negara di zaman Nabi Luth diterbalikkan ALLAH. Banyak info berguna yag kami dapat malam ni, mungkin juga pulang sampai jam 3, tapi ALLAH beri masa sedikit tu untuk kami isi juga dengan pengetahuan pengetahuan baru.

Alhamdulillah sebenarnya, walau kami masing masing gagal untuk pulang awal, tapi ALLAH beri kami peluang untuk isi masa meeting ni dengan hal hal keagamaan, banyak, sungguh banyak info info yang kami dapat dari masing masing, juga alhamdulillah, akhirnya saya dan sahabat jumpa juga dengan guru bahasa Arab juga pelajaran Al Quran kami yang kami sedang tercari cari ni. Rupanya sahabat ni seorang guru sekolah tahfiz, alhamdulillah, tak sia sia pengorbanan tahan mata kami malam ni, bukan hanya ilmu yang dapat, tapi selit juga dengan doa yang dimakbulkan, yakni jumpa guru yang dicari cari tu. syukurlah.




No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA