Followers

Monday, 26 January 2015

05:50AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Salam isnin. 05:50AM. Shahab Perdana.

Hari ni seperti kebiasaan tiap tiap isnin, pasti akan terpacak di sini seawal jam 545 sebab perlu ambil bus awal pulang ke Penang atas urusan kerja. Pagi ni sedikit lambat. 0515 baru jaga. Nak mandi nak siap lagi. Gerak dr rumah jam 0532. Alhamdulillah trafik sgt lancar kecuali beberapa lampu isyarat yang sewel. Since dah sedikit lewat. Tak sempat pn nak kiss kiss si kecil tu lelama.  Btw, selalu kalau dia tidur, tak rasa nak kacau dia pun sebab nanti kalau dia jaga, bahaya ummi drive. Kesian ummi.

Minggu ni. Ahadnya memang best. Pagi hantar Ummi. Lepas tu dalam kereta acara bersuap suap makan kueh dengan anak. Sampai rumah, langsung dah tak mahu kueh tu. Ya lah, nak ajak saya main. Sampai rumah pun dah dekat jam 9, sebab patah balik 2x ke opis Ummi nya. Sebab ada terambil barang. 

Sampai rumah tu kami main sekejap. Lepas tu dalam 930 macam tu saya mandikan dia. Dah mandi siapkan dia. Bagi dia pakai baju pa suma. Lepas tu sambung main sekejap sebelum dia minta susu dan since ambil masa susu nak panas, saya sumbat dulu makan nasi. Habis makan nasi, dah kami dok main tu saya tengok dia dah semacam. Suspek mengantuk la tu. Saya tanya dan dia ok ja siap tunggu bawah buai masa saya cakap jum tidur. Alhamdulillah, dalam 15 min enjut dia dah masuk tidur.


Sebelum dia masuk tidur tu masa dia dok asyik main saya sengaja buka bungkus makanan yang beli tadi. Satu nya sebab saya dah janji nak makan dengan dia bekal tu. Tapi masa saya ajak dia, sebaik dia nampak ada sambal tu, terus buat gaya pedas lepas tu tolak taknak makan. Alhamdulillah bagus juga sebab kalau dia makan karang pedas saya juga yang susah. Masa ni la yang fia dah mula nampak gaya mengantuk tu. Alhamdulillah. Senang ja tidurkan dia tu.

Bila dia dah lena. Apa lagi. Chef lagi saya. Hari ni lauk kari daging. Lama tak buat kari. Gugup plak rasa. Sebab dah tahu kari saya selalunya fail. Bukan fail mana tapinselalunya kari saya cair. Tu yang jadi malas dah nak buat tu. Tapi hari ni alhamdulillah. Jadi lah juga kiranya. 

Masa kari dah nak siap tu la budak tu jaga. Jam 12:05 macam tu tak silap. Saya tengok tengok dah turun dari buai. Saya pergi dekat. Angkat. Peluk cium dia. Macam biasa la. Senyum tu. Senyum tu yang mahal. Saya biar dia terus main. Rupanaya dia nak buang air besar. Agak saya nampak selesai. Saya salin dia. Terus pergi ambil ummi. 

Petang ni bercadang bawa dia ke klinik. Nak ambil ubat yang boleh buang kahak anak. Kesian. Dah 2 minggu rasanya selesema kahak tak hilang hilang. Lama hari ni di klinik. Dalam 2 jam. Anak pun dah mengamuk. Mana tidaknya dia mengantuk. Masa belum selesai jmpa misi lagi dia dah meragam. Kami cepat cepat habiskan. Masa dalam kereta alhamdulillah. Lena jugak anak tu. 

Selepas satu jam lena dia jaga. Petang ni mood tak baik. Saya tak tahu nak buat apa. Bawa pergi playground. Dapat la dalam setengah jam dia main tu. Lepas tu bawa jalan jalan pusing taman, trngok burung la. Balik mandi dan siap. Tunggu maghrib baru keluar balik. Ada nak beli barang ummi tu. 

Ni ha.. Tak reti duduk diam sangat. Kan dah kena. Kkakakakakakaka aproh boy. 

Alhamdulillah la. Dalam dia dok tak diam tu sebenarnya dia sangat behave. Acapkali saya ingatkan dia. Masa dia nak sangat jalan di bawah sambil menolak troli tu. Saya katakan, "yayang, sekarang orang ramai. Bahaya menolak troli ni. Naik dulu ya. Nanti nampak tak bahaya abi lepas yayang ya?"

Alhamdulillah. Msndengar kata. Mudah mudahan sampai bila bila pun macam ni. Amin. 

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

amin

Diana Rashid said...

Mood tak baik memang nak keluar jalan2 la jawab nya..itu je ubat nya..heheh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA