Followers

Wednesday, 21 January 2015

Tak boleh lama

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Fateh Uwais ni sejak dah besar sikit. Cukup susah nak letak apa apa di kepala dia. Sekejap sahaja dia mesti akan buka. Rimas gamaknya kan ada benda tutup kepala dia tu. Banding dengan dahulu, topi punya banyak, Ummi Abi ni bila jumpa yang kenan di mata ja mesti beli sebab suka tengok dia pakai. 

Baru baru ni, peel manja dia datang. Budak ni bila dia buat sesuatu mesti nak kita tengok, selagi tak tengok dia akan pakai ja la. Macam contoh bawah ni, pakai kopiah. Dah pakai dia pusing la nak suruh kita tengok. Dah tengok dia buka pastu buang la. 


Ni minggu lepas punya, dia nampak adik pakai headphone, dia pun nak. Minta. Tapi tak boleh snap photo pun, letak sekejap ja, jari comel tu dah tolak nak buka menda tu. Padahal tadi dia yang tarik tarik nak pakai. 



Macam time mandi pun sama. Saya suka bagi dia main air jadi saya bagi dia cebok air tu. Sementara dia dok ralit tu saya akan sabun tubuh dia, mandikan dia. Masa tu la dia ambil cebok tu buat topi, sambil tunjuk pada saya. Selalu tu saya akan cakap comelnya, pastu pepaham la. Senyum ja. Hai manisnya awak anak..

Elok bila dah selesai mandi, saya kabo "dah habis yayang". Masa tu nanti dia akan buang air dari dalam bekas mandi tu. 

Bila dia tahu dah selesai. Jadi mudah la saya. Ambil towel, lap lepas tu dah boleh siap. Alhmdulillah la. Dah faham bahasa ni. Mudah sikit. Mudah2an sampai bila bila pun dengar cakap, taat. Amin.

4 comments:

aizamia3 said...

InsyaAllah.. amin.

Nurzakiah Hanum said...

tomeinya dia

Diana Rashid said...

Bila dah hari2 biasakan dia macam tu,mudah jugak nak urus kan dia...kan?

Kira Sakura said...

kalau tidak mesti ummi abi pulun beli topi lagi kan hihihihi

Buta+Pekak+Bisu=CINTA