Followers

Friday, 23 January 2015

Bila balik abi manjakan awak ya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca.

Anak kecil saya balik semalam. Kata ummi masa dalam kereta dia memang buat perangai. Dalam minggu ni saya perasan dia memang asyik buat perangai seperti ada yang tak kena.

Semalam atas jalan pun sama. Atas kereta dia buat perangai dia. Tak mahu duduk diam. Sampaikan mengganggu ummi tengah drive. Kaki sangkut kat kerusi sampai ummi kena berhenti nak betulkan . Kena pujuk sampai dia diam. Sungguh saya tak suka. Sebab bahaya. 

Dah balik. Elok depan rumah nampak muka saya. Terus dia cepuk saya. Peluk kekuat tak mahu lepas. Rindu gamaknya saya rasa. Lepas saya pass pada tokma dia suruh pegang sebab saya nak angkat beg. Masuk rumah nampak wan dah tukar pakai seluar sebab nak bawa dia pusing dengan moto. 

Habis dah balik, dia tak meragam pun. Gelak mengekek ngekek main dengan kereta dia. Ada sekali tu dia langgar karpet, dah sekali jatuh tersembam. Nasib la atas karpet. Jadi tak ada nya nak menangis. Sampai jam 9, kami salin dia. Bawa naik atas. Nak tidur la konon. Sampai kat atas, macam saya pernah cerita dalam entry lalu, dia tarik baju saya. Ajak naik atas katil. Rupanya nak ajak saya main dengan dia. Maka bergelak lagi kami berdua atas katil tu. Sampai Ummi naik ummi dia kata, anak manja nampak abi. Bukan main dia. 

Masa tidur tu. Nak tidur tengah. Kena tidur sebelah saya. Sampai pagi. Saya bangun siap nak pergi kerja. Dia jaga. Saya tak perasan pun sebab gelak. Kata isteri dia cari saya tak ada dah nangis nangis cari saya. 

Sebelum saya pergi kerja tadi, wan dah ambil awal awal bawa naik moto. Tapi lepas nampak saya kalut nak turun mai dekat saya. Wan ajak jalan lagi pun dah tak mahu. Nak juga datang dekat saya. Suruh saya bawa dia pula. Bila dah lepas bawa senang ja bagi balik dekat ummi. Tapi dah dia lambai suma orang. Konon saya nak bawa dia pergi kerja gamaknya..


Hai anak. Awak manja sungguh sekarang. Ka sebab awak menuntut abi pujuk dalam telefon rabu lepas. "Bila balik abi manjakan awk ya."

1 comment:

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam abi uwais,
saaaaaamlaaaaaaaaaaa dengan abang fayyadh
manja terlebeh dengan ayahnya he3
suka3

Buta+Pekak+Bisu=CINTA