Followers

Monday, 6 August 2012

Desakan hidup

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Saya tengok cerita kt tivi ni. Mengenai desakan hidup. Sesuatu yang tidak asing lagi dalam hidup. Ada yang kata itu merupakan ujian didalam hidup, dan benar sekali, itu salah satu ujian, bila difikirkan kembali memang ianya satu dari titik hidup yang akn dihadapi .

Lihat realiti, ada yang merompak, tapi alasan hnya demi mdapatkan sesuap nasi. Hari tu ada kes, mencuri untuk susu anak. Itu kes kecil mungkin, yang lebih besar mencuri untuk hidup senang. Jangan lupa ya, ini pun kes besar tahun lepas mencuri duit rakyat.

Selain itu, demi bersenang, banyak sangat kan kita tengok kes rasuah, pecah amanah. Dan lagi masyuk bila ianya adalah kes berprofile tinggi, bukan orang calang calang yang wat, tapi golongan yang saya pasti, berkoyan koyan wang mereka. Apa kes? Ini yang saya dpt kata, lebih kuah dari nasi. Lebih nak dari yang yang cukup buat diri. Ntah untuk apa saya tak pasti. Mungkin nak mati nanti, tanah nak ganti dengan wang mungkin, tanam dalam tu? Hurmmmmm

Dari dua yang disebutkan di atas, ada dua sebab besar mencuri, untuk hidup dan satu lagi untuk senang. Dua aras perbezaan besar. Yang mana titik tengahnya merupakan kesederhanaan. Islam menekankan kepada kesederhanaan. Tapi apa yang sedang ditekan oleh kita yang cuba hidup brpaksikan barat adalah kemewahan, dengan elemen maju sebagai tunjang yang turut sama menyusutkan nilai masyarakat itu sendiri.

Tidak salah, tapi berpada pada. Kita tingkatkan dulu ekonomi yang susah baru kita cerita nak dapat 'nama'. Tak salah kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

5 comments:

Iffah Afeefah said...

Alasan tu susah nk terima

tpkse cmnepon die kne usha jln lain y halal

kiera'sakura said...

bila iman xde dalam dada itulah yg jadi.. moga kita dijauhkan Amin

:: Mrs.Eady :: said...

betul..

Anum said...

setuju

Alif Ismail said...

Salam Ziarah Ramadhan...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan penuh istiqamah...

http://www.alifismail.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak.html

Buta+Pekak+Bisu=CINTA