Followers

Wednesday, 22 August 2012

Kongkongan dalam perhubungan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Tadi ada terkisah bab kongkongan dalam perhubungan bila bercerita kisah masa depan dengan seorang sahabat. Bila dengar saya senyum. Dalam pada tu rasa macam geram je, kenapa ya, bila kita berhubungan kena ada kongkong dalam tu? saya pelik walau sebenarnya ada juga terkesan dalam kisah kisah lalu dalam bab ni.

saya ingat lagi satu masa dulu, kongkongan ni macam agak bodoh bila difikirkan. Orang boleh kata tak nak itu dan tak nak ini, dan pasangan akan turut kata dengan mengiakan permintaan berkenaan . Maka terjadilah kongkongan itu. Alasan : sayang. satu alasan yang rasanya tak perlu ada pun bila sesuatu itu terlampau sudah dari batas sepatutnya. kekadang tu sayang tu tak adalah sangat pun, cumanya manusia ni kan, dia lagi suka ambil langkah berjaga jaga iaitu dengan mengelakkan "bebel" yang sangatlah tidak diingini untuk didengari saban hari. 

Saya rasa pelik ja, bila semua nak dikawal. itu tak boleh. ini tak boleh. Kawan dengan dia tu tak boleh. sembang dengan dia ni tak boleh. buat itu tak bagi. buat ini tak bagi. tapi bila yang tak boleh itu hanya di bahagian sebelah sini dan di sebelah sana di nafikan peraturan berkenaan, ianya jadi sangat jengkel. Sangat sangat menjengkelkan. Ibarat, kau tak boleh makan sambil berdiri tapi aku makan sambil berlari. sangat tak adil bukan? 

Akhir sekali, yang ada dalam dakapan itu terlepas dari pelukan. bila mana kawalan itu dah terlampau, kita jadi bosan. Ya lahh, mana tidaknya. itu tidak ini tidak. hidup ibarat boneka kawalannya. segalanya berkisar tentang kegembiraan satu pihak. Masa itu, mulalah mencari jalan melepaskan diri. kongkongan membawa kepada ketidak gembiraan. 

tiada yang lebih penting dalam sesuatu perhubungan melainkan daripada KEPERCAYAAN. bila diletak kepercayaan, maka tiadalah gusar. bila tiada gusar tiadalah kongkongan. dua pihak yang tidak risau atau gusar membawa kepada tolak ansur. ibarat menarik wau, adakalanya dilepaskan melayari angin yang kuat di awan biru, sampai masa di tarik juga untuk didekat kepada tanah kerana risau terawang tinggi dan terlepas putus di atas sana, Bila sudah tiba masa, kembali jugalah pada yang fitrah. Dan Maha Suci ALLAH lah yang menentukan segalanya. ianya bukan permainan tapi sudah ada dalam susunannya. Berdoa menjadi yang terbaik untuk mendapat yang terbaik. Berusaha menjadi yang terbaik supaya termotivasi menjadi yang terbaik. Yang mustahil itu tidak ada kerana sehebat manapun sakit, cuma mati tiada ubatnya. yakin pasti tiada yang menghalang bila ada initiatif. Natijahnya, hidup takkan berubah tanpa ada usaha untuk merubahnya. 


3 comments:

-gedek! said...

Masalahnya ada pulak ambik kesempatan dari KEPERCAYAAN tu....

(Salam Aidilfitri!)

Iffah Afeefah said...

siapa suke kene kongkong kan?

kiera'sakura said...

tp dalam satu kes lain mungkin pengajaran lepas yang buat diorang jadi mcm sekarang nie, means cemburu yang sampai mengongkong diri pasangan. kan setiap cerita setiap manusia berbeza :D

tp betol la tue percaya yg penting. sebab tue dah diingatkan sebelum mula nak berserius mintak petunjuk Allah, bila DIA dah kata Ya! insyaAllah hati takda perasaan curiga kan...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA