Followers

Thursday, 9 August 2012

Tiga orang ber-sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Dah 2 hari saya hilang. Bukan tak ingin menaip cumanya tidak berkesempatan. Semalam sibuk dari pagi ke petang. Ada urusan masa depan harus diuruskan.

Paginya saya selesaikan urusan mencari tempat baru di negeri kelahiran. Dari agensi ke jabatan buruh. Alhamdulillah. Semalam sahaja sudah ada dua tempat yang call untuk urusan temuduga.

Tengah harinya, bawa adik dan mama keluar. Keduanya hendak mencari barang untuk juadah berbuka kami. Terbaik rasana berbuka semalam. Ada tiga chef untuk makanan kami. Jiah dengan sayur masakan cina dan steamboatnya. Mama pula mee kuah dan lauk bersama nasi. Dan akhir sekali saya dengan mashed potato saya dan air bandung soda saya.

Sonok rasanya ya bila ada tiga orang yang ber-sibuk kat dapur tu. Tingat plak saya tanya mama semalam,
"mama masak la dulu, abeh satgi arie sambung."

Mama balas,
"Ala buat ja la, dapur mama kan ada dua. "

Ngeeeeee~
Published with Blogger-droid v1.6.9

Buta+Pekak+Bisu=CINTA