Followers

Monday, 31 March 2014

06:04

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

06:04AM, Shahab Perdana. 

Rutin mingguan isnin kami. Seperti biasa. Bangn jam 5, siap dan datang sini hantar saya. 

Pagi ini tak lewat macam minggu lepas tapi pagi ini rasa lain. Berat lain macam nak balik. Entah kenapa. 

Hati ni rasa rindu amat kat keduanya. Ingin benar menjaga keduanya dengan sebaik mungkin. Saya pujuk hati saya. Saya pujuk hati isteri bila tiap kali balik. Cuma hari ni rasa lena pujuk lebih.

Malam tadi saya jadi burger. Diapit kanan oleh yang besar, dihimpit kiri oleh yang kecil. 

Bangun pagi datang perasaan macam ni. Betapa keduanya perlu ada saya untuk lengkapkan keluarga kecil ni. Hati merintih mahukannya tapi apakan daya, belum tiba masanya saya ke sana. 

Usaha demi usaha. Sekarang dalam fasa usaha besar besaran. 

Mudah mudahan jadi. Mudah mudahan berjaya. Kami bakal tinggal bersama. Amin.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

selamat pagi
singgah pagi

Kira Sakura said...

amin amin. doa sangat abi.

si kecik tue pun dah pandai nak dekatkan diri kan? ;(

Z@i Z@mR33 said...

Amin...moga2 dipermudahkan

aizamia3 said...

psstt: tadi sambil BW ntah camane boleh jumpa blog mama uwais..
kisah yang sama diterjemahkan.. mudah-mudahan Allah perkenaankan doa kalian dalam usaha tidak perlu berjauhan lagi.

geram nengok dak uwais.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA