Followers

Monday, 5 May 2014

05:53 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

05:53AM, Shahab Perdana.

Satu minggu lagi selesai. Dan bermakna satu minggu yang baru sedang bermula. Rutin baru rasanya kali ni bila saya dan ummi seakan dah declare yang abi akan pulang setiap pagi Isnin. Jadinya petang Ahad akan diisi dengan sesuatu aktiviti yang sudah pasti akan memuaskan hati masing masing walau sebenarnya kepuasan hati tu hanya muncul apabila lengkap keluarga kecil kami. 

Semalam, lepas hantar ummi ke tempat kerja, dia SMS saya beritahu dia sakit kepala, rasa nak demam. Saya pun reply, kalau dia tak sihat, nanti saya bawa ke klinik lepas tu balik rehat. 

Di rumah pula, anak tidur dengan nyenyaknya. Agak lama juga. Pukul 9 macam tu sampai ke 10lebih. Saya pula masa ni tengh tekanan perasaan sebab wayar charger HP saya gila. Dah saya kejutkan anak. Tu pun dah dekat 11. Bangun sahaja saya beri makan, mandikan. Kemudian beri susu sebelum ummi SMS beritahu kata dia dah nak ke klinik. Kalut kalut saya siapkan anak lepas tu ambil ummi. 

Lepas tu kami cari wayar baru dekat saya, makan dan pulang. Sampai ja rumah. Saya arahkan ummi tidur sementra saya selesaikan anak. Actually budak ni dah lena tadi masa perjalanan pulang, tapi terjaga pula sebaik tiba si rumah. Dan di rumah pula dia dah ngamuk ngamuk. Saya tahu dia masih mengantuk. Jadi saya tidurkan dia balik. Dah selesai dua orang kesayangan lena, saya pun perlahan lahan ambil lapik kepala dan saya juga tidur. 

Lama juga sikecil ni lena. Alhamdulillah. Apabila dia bangun ja, ummi pun bangun. Saya lepaskan dia bermain seketika. Kemudian ummi beri makan dan saya mandikan dia. Lepas tu saya bawa di berjalan jalan sekitar taman ni. Niat di hati petang ni ada aktiviti di taman tapi tak jadi sebab dah lambat. Makanya kami ke kedai baby sebab nak cari makanan dia yang dah nak habis. Alhamdulillah ada offer, dapatlah beli banyak sikit. Kemudian selesai saya ajak umminya berjalan lagi. Nak cari barang saya juga. Dan dalam masa sama nak hadiahkan ummi sesuatu. Alhamdulillah selesai juga. 

Ni hadiah baby. Tapi dah macam hadiah ke saya plak. Sbb saya suka sangat. Ummi beli juga. Hihihi


Pagi ni pula, beratnya rasa nak balik. 

Sabarlah wahai hati. Bulan 9 okay??

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

good moning
singgah pagi isnin

Nurzakiah Hanum said...

good moning
singgah pagi isnin

Kira Sakura said...

insyaAllah abi. ummi pun tak sabar sangat. sangat sangat tak sabar huuu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA