Followers

Wednesday, 24 December 2014

Adakah ini pengakhirannya??

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

*Copy and paste*

Mengantuk. Mana tidaknya. Jam tiga baru sampai rumah. Jumpa kawan semalam. Saja berkenalan dengan orang baru dan dalam masa sama cuba belajar menda baru dari mereka. Mana tahu dari pengalaman mereka kita belajar. Dapat sedikit sebanyak mempersiapkan diri dari jerung jerung yang membahan bilis bilis seperti kita ni. At least, walau di baham, masih mampu untuk bergerak bukan terus mati langkah tak mampu lagi berjalan. 

Baru baru ni, dunia emas dikejutkan. Sontot jadi perkataan paling femes gamaknya sebab dari kesilapan sesetengah pihak menyebabkan dunia emas lumpuh. Mungkin juga parah, mungkin juga da nyawa nyawa ikan. Saya kurang arif tapi dari pembacaan, pencarian saya di muka muka buku saya dapati ia sebenarnya teruk dari yang saya bayangkan.

Yang beratus K sangkut. Yang buat loan la, ikut kira kira atas kertas mungkin dalam satu tahun dah boleh tutup kemudian menikmati hidup yang diidamkan. Tapi yang berlaku, bukan hanya tak mampu tanggung overhead, malah lagi teruk overspent, langsung tak boleh pusing dah. Tak dapat bayang keadaan tu, sebab kita yang kecil ni kekadang terkejut ada emergency pun goyang, inikan pula depa. Yang bergantung terus dengan industri ni lagi kesian. Apabila demand tak dapat ditampung supply, mesti dah mati pergerakan. Nak gerak macam mana lagi. Kena. Topup sebab ingat boleh recover, sontot lagi, dua tiga kali pusing, nak korek mana lagi dah? Lagi teruk sangkut semua. Menangis weh! Terlalu banyak kisah sangkut yang saya lihat. Tak kurang juga yang sudah hilang pertimbangan lalu bertindak agresif pun ada. 

Bila berlaku. Pasti mengharapkan atleast macam seorang bisnesman share, untung, rugi dan balik modal. Kurang kurang dapat modal pun orang dah boleh accept. Syukurlah dari rugi. Tapi dah jerung sangkut jugak, kita ni nak kata apa? Takat 1kg kita depa dah berpuluh, malah mungkin ratus atau tan, lagi teruk la. Masa ni la saya terfikir sesuatu. Kata hebat, ada banyak, kenapa tidak sebagai yang bertanggungjawab bear the cost of the fail transaction n satisfy your client? eventhough you are not the one fully responsible fr all this but at least by doing this u've calmed the situation and help to stabilize the situation. Saya tiada dalam loop tapi banyak saya dengar ada lagi pihak bertanggungjawab yang dahulukan duit sendiri ringankan beban client yang sangkut. Saya puji. Golongan ni moga dberkati rezeki nya kerana sanggup bersusah demi kepercayaan orang pada depa. Mereka bayar kepercayaan tu dengan kos mereka. Mungkin hari ni rugi tapi jangkamasa panjang, mereka masih punya "muka" dengan orang ramai. 

Domino effect. Yang saya nampak. Bukan satu yang terkena. Tapi majoriti nama besar tersangkut dek ombak badai ni. Buat saya terfikir, tentang kesan domino ni. Dan sekiranya dikorek korek dengan akal fikiran saya sekarang ni, adakah nama nama besar sebenarnya ada nama tapi 'peluru'dari sumber sama, atau mungkin lagi teruk market berjalan pun mungkin dengan network mereka yang berpusing pusing sahaja. Ianya berlegar ibarat aku bagi kau, kau bagi aku, kita bagi dia?adakah begitu? Itu persoalan saya bila yang kena tu banyak dari mereka. 

Paling best. Ini part saya paling rasa geram. Terus ia jadi haram. Macam iklan cadbury tu. Dulu halal, bila jadi haram dan tiba tiba halal balik, iklan terus ubah konon islamic. Tolonglah. Nama islam tu bukan untuk dijual bila terngadah. Tapi sebagai dinding sebelum terlanggar. Kenapa tidak sebelum jadi tu ia di 'syariah compliance-kan"? Kenapa dulu halal sekarang haram? Islam itu bukan untuk jaga kepentingan, tapi untuk melindungi keseimbangan. Tak percaya pergi kaji disebalik pesan Rasulullah, berhenti makan sebelum kenyang tu. Cerita pasal makan ja pun, tapi disebalik tu dalam sangat. Kenapa kita berhenti sebelum kenyang? Bukankah itu supaya kita tidak berlebih lebih? Keseimbangan. Benar bukan. Makan lebih itu penyakit. Dan penyakit merosakkan keseimbangan. Bukan hanya pada tubuh, kocek juga sebab perlu berubat. Betul bukan?

Pokoknya bila saya perhalusi. Tiada yang lain yakni amanah. Apabila ianya dikhianati. Habis pincang dunia ni. Macam kita dalam hidup seharian juga. Tengok situasi semasa. Amanah yang dikhianat sedang bawa kapal besar mendekati karam. Negara lah. Hutang bertambah, taraf hidup makin teruk. Yang terkesan, marhaen seperti kita. Yang gaji bukan puluh puluh ribu sebulan, tapi 3000 pun dikategorikan miskin, hidup masih pincang , masih perlu mengikat langkah demi kelangsungan masa depan. Saya sengaja sebut yang 3000 sebab itu yang disebut di dada akhbar. Jika angka itu miskin, bawah dari itu dikira apa?? Semoga ALLAH melindungi kita. 

Apabila masing masing pegang pada amanah insyALLAH tak ada apa apa kot. Pasti suma hidup dengan aman. Macam saya suka sekali dengar kisah seorang khalifah satu masa dahulu. Khalifah Umar Abdul Aziz tak silap. Punya terjaga sampai tak ada pun orang miskin dalam negara. Buat saya terkedu tambah bila ada yang masih cuba pertikaikan cara Islam dalam membangunkan negara. Apa nak takut? Kalau ada berkat, mesti dapat rahmat, tapi sayangnya ia tak berlaku di sini. 


Note: sekadar pendapat saya yang memerhati. Sepuluh jari saya susun andai ada terguris mana mana pihak. Sekalung takziah juga pada yang terkesan dengan situasi semasa. Saya juga seperti anda, berdoa agar semuanya pulih seperti sediakala. 

Buta+Pekak+Bisu=CINTA