Followers

Monday, 2 April 2012

Saja seronok-seronok

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi ada orang kata dekat Nadh. 
"kamu ni rajin betoi la dok menaip ni. " 

Nadh pun cakap dekat dia, Nadh buat ini seronok-seronok je. Tapi seriously kan, memang pun buat hanya untuk berseronok. Macam Nadh kata tadi dekat dia, seronok-seronok masuk dalam alam mimpi sendiri. Alam yang mana diri sendiri mengimpikan untuk ada di dalamnya. 

Sebenarnya memang macam tu. Rasa seronok bila kita dapat selesaikan apa yang bermain dalam fikiran ni dalam bentuk yang diri sendiri rasa puas. Bab readers tu lantak la kan, tapi alhamdulillah, walau tak tara mana hasilnya, masih ada yang sudi membaca. Nadh hargai sangat semua tu.

Hanya ALLAH dapat hadiahkan kegembiraan buat kalian atas kegembiraan yang kalian lemparkan buat Nadh. Moga ALLAH berkati semuanya. Amin.

1 comment:

Nong Andy said...

:)

ini buat aku senyum

Buta+Pekak+Bisu=CINTA