Followers

Thursday, 19 April 2012

Cobaan 1 2 3 | Ikan Kerisi Sweet Sour

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Entry terakhir kot malam ni. Macam Nadh share tadi, diri terlepas dari resah bila kita menerima bulat-bulat ujian sebagai apa yang ALLAH dah takdirkan buat kita. Bila kita terima bermakna kita lepaskan apa yang dok bermain dalam fikiran selalu tu. Umm malam ni masuk dapur balik. Sungguh lama rasanya tak masuk dapur. macam pelik kat diri sendiri plak sebab asyik makan dekat kedai je, padahal diri memang la sangat-sangat tak suka makan dekat kedai.

Since kemarin abg Mie tunjuk ikan yang dia bawa balik dari kampung, malam ni Nadh pun beraksi kembali. Nak tau dak, lama tak masak, baru potong bawang se-round da pedih biji mata ni. ehhe. Lauk dapur bujang malam ni adalah :

 "Ikan Kerisi Sweet Sour "

Bahan-Bahan
Ikan Kerisi
Bawang besar (potong bulat-bulat)
Bawang putih
Halia (potong memanjang)
Sayur campur (yang dalam pek ada kacang + jagung + carrot tu)
Sos tiram
Sos Tomato
Sos Cili

Cara-Caranya :
1. Mula sekali kita gaulkan ikan tu dengan serbuk kunyit dengan garam sikit. Gorengkan. Nak best goreng sampai dia masak betul, rangup-rangup gitu.
2. Tumiskan bawang putih bawang besar dengan halia tu. Masukkan sos tiram, lepas tu lemparkan sekali sayur campur tu. 
3. Agak dah nampak masak kan sayur tu, letakkan sos secukup rasa. Sos tomato dengan cili tau. Since dia ada rasa sweet dan sour, so pepandai la nak imbangkan kedua sos tu ya.
4. Masukkan ikan dan gaulkan semuanya.  Lepas tu letak garam dan gula sedikit. 
5. Masak sudah. Sedia untuk dihidang. 

Selamat Mencuba ya. 

P/s : Housemate kata tadi dah rasa macam dekat kedai. *kembang sekejap :P

8 comments:

onie said...

yeke rasa macam kat kedai?are u sure?muehehehehehehe

ecadwinkyasha said...

wahhhh.nmpk je da tau sedap. :D


aah.baru nak perasan..maybe sebelum ne,baca entry xsmpt nak komen ke..terus blah...jdi silent reader la sgt kan..end-up tengok url...da tukar.

hari tu eca ajak join GA,ble2 dpt DOMAIN FREE :D

Nong Andy said...

lapar la tgk ikan kerisik masakan kamu tu....

Rozuan Ismail said...

menitik air mata melihat betapa sedapnya. =)

Woofer Storm said...

pndai pula anda masak ye..ada masa teringin nak mencuba..

#selamat malam sahabat..

shida anwar said...

dik jom kita buka kedai makan...akak jaga kaunter adik tukang masak...

Iffah Afeefah said...

Kembang la tu kan


untuk kak ipar xpyh msk

kiera'sakura said...

yg nie makan.. klu stim x makan.. yeayyyyyyy nt blh rasa... *doa byk2 org tue x lupa resipi* :p

Buta+Pekak+Bisu=CINTA