Followers

Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Thursday, 9 February 2012

Contest Aku dan Quote : Sahabat Vs Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tadi ada seorang kawan pesbuk Nadh jemput Nadh join contest dia. So Nadh datang ni nak join. Isi masa dan pelawaan kawan-kawan.


Quote :
"Sahabat sejati ibarat bayang-bayang yang mengikut arah bawaan kita."

1. Cari satu gambar yg bersesuaian menggambarkan quote yg anda buat


2. Kenapa anda pilih Quote tu ?
Sebab rasa macam suka je. Nak wat quote cinta da wat pagi tadi. :P

3. Utk siapa Quote tu ditujukan?
Buat semua sahabat yang tak pernah lekang dari sisi Nadh. Juga buat dia, yang belajar jadi seorang sahabat instead of seseorang dalam ati ni ha. :P (ayat taleh blah) 

4. Apa pandangan anda tentang Cinta Sejati atau Sahabat Sejati (ikut tema yg anda pilih.)
Sama macam Nadh sebutkan kat atas tu. Ibarat bayang-bayang. Sahabat sejati itu ibarat diri sendiri. Baik buruk nya kita. Sebab? Dalam kita tak sedar, kita adalah pantulan kepada apa yang kita buat tu. Baik buruk sahabat itu secara  tidak langsung kita terikut. Kalau tak Rasulullah tak sebut dalam hadis dia yang bermaksud, 

Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan peniup api di dapur arang; adapun rakan seperti pembawa wangian, ia (mmembawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga. Adapun rakan seperti peniup api dapur , samda ia akan membkar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

Lagi satu, bayang-bayang adalah sebab kita jadi ikutan sahabat kita tu sendiri. Adakah dia ikut kita, bersahabat kita kerana kita kaya? atau sebab kita banyak bagi dia inspirasi? Peringatan? Motivasi? Itu adalah refleksi kepada diri kita. Menjadi orang yang digelar sahabat itu buat diri rasa kita lebih selangkah dari orang lain ke hadapan. Mungkin untuk kepuasan sendiri tetapi, sahabat itu tempat di mana sahabatnya yang lain datang tanpa ada rasa tak selesa, tempat dia berkongsi, bercerita, meluah rasa di hati. Menjadi sahabat tidak semudah menjadi kawan, kerana kawan yang kita kenai ibarat menghela nafas perginya, tapi sahabat itu tempat yang pasti dituju bila diperlu. ;) 


Umm tu aja kot? badan kurang sehat. Nak bercerita panjang pun tak berapa ada idea.

Buat sesiapa nak join, leh la click kat SINI. Tutup malam ni pukul 11 tau. 

Sekian memaklumkan. ;)

Tuesday, 22 November 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2]

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Petang ni Nadh tak tahu nak buat apa. Hanya berBW ke belog-belog favourite. Lepas tu jumpa JIRAN Nadh join satu contest ni. Iaitu "eqbalzack.com Writing Contest [2] "

Jadi Nadh pun join jugak la. Sesaja nak bagi semak penyertaan dalam tu kan. Tajuk cerita bawah ni.
"Lecturer-student relationship, anything wrong?"

*****************************************

"Ya ALLAH, dah boyot? Mampuslah kita yang.."

"Napa nya abang? Tak suka tengok Yayang dah boyot? Kan ke comei perut yayang ni? dah macam perut abg"

"Iye lah, tapi kan tak semua orang tahu, fitnah yang menuduh kita berkelakuan sumbang"

"Nak buat macam mana, kita yang nak sorokkan hal ni."

"Itulah, nak sorok sangat, sekarang dah macam ni, mana nak sorok perut Yayang?"

"Rasa bersalah sebab kita sorokkan perkara baik dari pengetahuan orang diluar sana. "

Keduanya malam itu tidur dalam kerunsingan. Sebab keesokannya mereka perlu mengadap Pengarah.

*****************************************
**Tinggg**
kepala otak bernas Zack berjalan. Dia selalu sangat dapat idea-idea sawan dikala semak kepala macam ni.
Sebenarnya, dia sedang membantu menyelesaikan masalah diantara sahabatnya Iffah dan Haziq yang ibarat badai yang sangat dasat mengalahkan serangan Adudu di planet bumi.

“Macam ni la, aku tahu dia tu student kau iffah, dan kau takut dan malu nak meluahkan perasaan antara kau dekat dia sebab kau takut dia akan jadi bahan ketawa orang kan? Sebab dia tu murid kesayangan kauu dalam kelas. Aku ada idea."

"Macam ni….. “.  Zack seperti biasa menjadi mastermind dalam menyelesaikan soal hati sahabatnya itu.

“Tapi….”. Iffah cuba menolak.

“Sudah.. Jangan bertapi-tapi lagi. Kau nak ke tidak dekat dia tu?”

*****************************************

Aku kau & dia
Bertautnya perasaan bila bertemu,
Dari mata datangnya Cinta,
Demi redha,
Akad dilafaz, Hubungan ditaut,
Hati dan perasaan itu fitrah,
Dan cinta tidak mengenal erti beza.

“Ini mungkin ungkapan cinta, tapi ungkapan cinta kami punya makna, perasaan tertusuk dalam hati. Tolonglah Pengarah, jangan gantung dia, dan saya, kerana kami bercinta, dan dah berkahwin dah.”. Rayu Iffah.

“Ehh kejap, apa yang awak berdua takut sangat ni? Saya pun dulu kawin dengan student saya lah, 10 tahun dah. Anak 10 tau. Jangan buat main.”. Balas pengarah.

“Haahhhhhhh…”

Ketiganya tergelak bersama. Ya ALLAH, penangan cinta. ;)


(299 Patah Perkataan)

*****************************************

Opss. Selesai sudah cerita ringkas Nadh. Susah juga ya bila nak menulis ada hadnya. Kalau sesiapa nak baca cerita dari JIRAN leh tengok kat SINI. Kero pun join gak kat SINI. Owhh ya, nak tag Acik KIRA .


P/s : Sapa nak join leh click dekat SINI ya. Peraturan pun ada kat sana. Cepat, sebab Tarikh Luput contest ni 25 Nov 2011.

Tuesday, 9 August 2011

Contest | Saya TAK Segak Berbaju Melayu

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada bukan Membaca. 

Malam bercontest ya. Setelah berBW dengan penuh perasaan tadi, jumpa plak la entry contest ni dari belog Enchik TaufiQ Helios yang kachak. Contest yang sangat comel ya.




Walaupun tak segak. Tapi Nadh join sekaki ya?
Ni dia gambaQ nya. Arap maklum. Edited. Sebab manusia kat sebelah tu dah tiada dalam sejarah. lalalalalalala~~


P/s : Ada sapa rasa depa kachak dengan baju melayu? chantik dengan baju kurung? Sila click kat SINI. weee~~

Thursday, 23 June 2011

CsP nak bagi hadiah!!!

Assalamualaikum.
Dan salam sejahtera pada bukan Muslim yang membaca.

Akhirnya, Nadh join jugak GA Tuan Tanah CsP ni. Padahal dah lama kot dia invite join. Walaupun begitu tak join-join lagi. Tapi dah Bookmark page dia. So malam ni sebelum tutup mata, Nadh nak join la. 
Ummm.. Setelah Nadh belek-belek page dia, memang menepati tagline dia iaitu 
Cerita Si Padlie ni "BUKAN SEKADAR CERITA BIASA".
Tak caya? Cuba tengok entry pasal kereta Buatan Malaysia. 

Pilihan Entry :
Cerita pasal Proton Gen-2 Buatan Arab ni. Tak tergelak baca. Tapi reality cerita dia tu adalah kisah sebenar harga kereta kita di pasaran luar. cuma lawakk tang Arab tu.. hihihi.. 

Penambahbaikan untuk CsP :
Rasanya semua dah okeh ni. Cuma pendapat persendirian Nadh la kan, kalau ada background ka dekat Belog ni mesti nampak menarik. hihihi (Sowie CsP, Nadh suka ala-ala ceria gitu..hehe)

Meh nak Tag, 

Nak tau lebih lanjut? dan nak join contest CsP, sila click kat SINI.

Adiah Utama Domain setahun tau. weeeee~~~

Sunday, 15 May 2011

Contest Aku Ingin Berubah

Assalamualaikum, 

Hari ni Nadh terpanggil nak berkongsi mengenai satu contest yang sedang berlangsung di blog seorang sahabat.
Contest yang bagi Nadh sangat istimewa, dan punya nilai yang sangat tinggi, sebab setiap kali Nadh melawat para peserta dengan cerita ni, ibarat Nadh sedang mencuci hati sekali sebab nilai dalam tiap entry ni sangat tinggi, kerana kebanyakan darinya mempunyai "isi" yang mendalam untuk kita renungkan.

Apa pun, Nadh taknak la membebel pepanjang, Mari la sama-sama kita pun turut serta dalam contest 
" Aku Ingin Berubah " anjuran Muslimah Optimis . Ni hadiah pun dah makin bertambah ni. Hebat.. Hebat..

Jom... Sama ada anda Click kat SINI atau click dekat Header bawah ni, keduanya akan link ke page contest ni.

Untung-untung anda adalah salah seorang dari yang terpilih. 

p/s : Tarikh tutup adalah pada 30 Mei 2011. <-- oihh ada 15 hari lagi ni.

All the best pada Anda. Nadh mendoakan saja. :D

Saturday, 7 May 2011

Contest Blog Paling Cool

Assalamualaikum..

Dah lama dah kena tag dengan budak comel ni
Tapi hari ni baru nak join contest ni atas sebab kesempatan dan ke-freean melampau hari ni.. hii...


Nak tag :
Tu ja kot.. Rajin tak? jum masuk sesama contest ni. 
Mana nak tau ada rezeki dapat adiah.
Jum join.. Click SINI tau.

Friday, 22 April 2011

Hadiah Contest Adik-Beradikku Yang Cute Dah Sampai

Assalamualaikum.. 

Hadiah untuk " Contest Adik-Beradikku Yang Cute " baru ja sampai.
Alhamdulillah la.. Seronok plak bila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dalam contest ni.
Terima kasih tak terhingga kepada Tuan Tanah, Encik Fadhirul Ahmad, kerana memilih Nadh sebagai salah satu pemenang contest ni. Alhamdulillah, Syukurlah, rezeki adik2 Nadh ni. Syukur..

Ni la adiahnya, Cik Pemenang beraksi bersama adiah dia.. hhihi.;)


Ni bawah ni Entry berkaitan dengan Contest ni.

Sunday, 17 April 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"

Assalamualaikum..
Sekali lagi Nadh di tag. Oleh sorang lagi budak comel . untuk contest ni plak.
baiklah. Nadh join ja la. walau tak pandai amek gambaQ.. 


SYARAT-SYARAT
1) Terbuka kepada semua warganegara MALAYSIA shj sbb mudah nak bg hadiah
2) Follow blog nih sbb mudah nak tngok kalau de pepe diupdate nanti
3) Buat 1 entry anda join contest ni dengan tajuk "1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin"
4) Letak banner picture kat atas kat dlm blog korunk.. x kisah la sidebar ke kat mana ke dan link banner tu ke contest ni
5) Gambar tu mesti la ORIGINAL yg korunk punya k.. x leh main ciplak2 org lain punya..ramai2 ke atau sorang2 ke yg penting anda mesti ada dlm gambar tuh, pic korunk boleh dalam bentuk statik atau lain2..tp terhad hanya 1 gambar SAHAJA
6) Tag 4 org rakan anda yg aktif, pastikan mereka tahu merea diTag
7) Tarikh tutup 11.59PM pada 1st May 2011
8) Pemenang akan dipilih melalui gambar gaya pose paling sempoi/menarik di depan cermin

Ini dari nadh. 
Selesai dah satu. ni nak tag sapa plak dah ni? ahahha.. 
Leh tak nak tag suma kengkawan y kenai nadh? aahahahhaha. :D

Maceh.

Thursday, 14 April 2011

AKU INGIN BERUBAH

Ketika berjauhan masih kurasa
Hangat kasih mu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu 
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
 
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku,
Erti kekuatan

Sedang mengamati tiap bait kata dalam irama lagu Aeman bertajuk Ayah. Dengan hati yang kuat merindu, juga dengan kaca di mata mengenangkan betapa HEBATNYA kasih seorang Ayah dan Mama yang menjadi sebab awal wujudnya Aku dalam dunia ni.. Hati terpikat untuk berkongsi sebab kenapa aku berniat benar ingin kepada PERUBAHAN dalam hidup aku. tiada sebab lain melainkan Ayah dan Mama. Dua insan paling penting dalam hidup aku. 

Hati makin kuat ingin berbicara tika aku terpandang pula kepada satu Sabda Rasulullah yang membawa maksud ::
Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim)

teringat pula pesan orang tua-tua kepadaku,
"Cinta boleh dicari merata, tapi Ayah dan Mama, hanya satu dalam dunia dan tiada galang gantinya"

Begitu hebat dan dasyatnya kan, bagaimana dari pertemuan dua insan, jatuh hati, kemudian di sahkan melalui akad, dan akhirnya dari Cinta itu, terlahirnya Putera ni. aku kagum benar mengenangkan kisah kejadian tu. bagaimana ALLAH ceritakan dalam Surah Al-Mu'minun.

Dari awal kisah kejadian, hingga ke saat ini. Aku berfikir, yang sebenarnya dek kerana PENGORBANAN dari merekalah yang aku leh besar dan well educated macam sekarang ni. Tak ada pula mereka bila dah besar ni, mereka complaint, nak itu, nak ini dari aku. tapi simple ja "Kami nak tengok anak kami berbahagia saja.." bukankah itu satu ucapan yang sangat tak adil? bagi aku sangat-sangat tak adil kan? hampa dah besarkan aku sampai tahap sekarang, bagi itu, bagi ini, tapi tak mahu apa-apa?

Atas sebab tu, aku ingin benar abadikan sebaiknya hidup aku buat mereka. Aku tak lupa, macam mana satu hari dulu mereka terjaga malam, hanya untuk menemani Putera mereka yang menangis. Tak lupa macam mana satu hari dulu betapa risaunya mereka kenangkan kesihatan Putera mereka ni. Tak lupa bagaimana  satu hari dulu susahnya mereka bekerja buat memberi sesuap nasi kepada Putera mereka ni. Macam mana susahnya mereka menolak moto yang pancit ketika pulang dari kerja mencari rezeki untuk pakaian cantik buat si Putera, macam mana mereka bersusah, tak pernah pula terfikir, titik-titik peluh yang keluar hanya untuk melihat sedikit kegembiraan Putera yang inginkan barang-barang permainan buat peneman Ayah dan Mama yang keluar untuk mencari rezeki.

Hati ingin benar menangis bila masa terbayangkan, kasarnya tangan Ayah bekerja, lukanya tangan mama berusaha hanya kerana inginkan Putera mendapat keselesaan hidup. Segalanya untuk Putera tersayang. Begitu HEBATNYA CINTA DAN KASIH DARI MAMA DAN AYAH. 

Jika Hari Ini perlukan sebanyak-banyak sebab untuk satu PERUBAHAN. Aku meyangkal semuanya, kerana aku hanya ada SATU SEBAB, ITULAH DIA
AYAH DAN MAMA.


MEH SUMA, SAMA-SAMA KITA AMEK MASA BEBERAPA SAAT JA.. TAK SAMPAI SEMINIT PN, TADAHKAN TANGAN KITA, BERDOA, AGAR ALLAH JADIKAN KITA ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH, YANG MENDOAKAN KEBAHAGIAAN AYAH DAN MAMA KITA, AGAR KITA JADI ANAK YANG TAHU MENGHARGAI SEGALA PENGORBANAN YANG DAH DIA BAGI PADA KITA. KITA TAK SEDAR KAN, TIAP TITIK PELUH DIA, TIAP LELAH DIA BEKERJA HANYA UNTUK SESUAP NASI KITA. KITA PERNAH TAK FIKIR, DIA MAKAN KA TAK BILA P KEJA, HANYA UNTUK SUAPKAN SEPINGGAN NASI DEKAT KITA, FIKIR TAK KITA, SAKIT KA LUKA KA TANGAN DIA WAKTU BEKERJA HANYA UNTUK KESELESAAN KITA NI.. SAMA-SAMA KITA KENANG JASA AYAH DAN MAMA.. 


 NADH  ♥ AYAH,  NADH  ♥ MAMA.

Saturday, 9 April 2011

Contest Adik-Beradikku Yang Cute

Assalamualaikum.

macam menarik plak tengok contest ni.
since sekarang adalah mood merindui adik2. 
Nadh nak join jugak la.
(da Follow. number passport 842 tau. ;)


dan photo yang nak share adalah yang ini.. 
Ni photos terbaru adik2.. 
adik laki Nadzli n Dyan Aula Umaera. 
amek masa 2 minggu lepas. hari demam sedunia. 
masa p makan dekat Penang. 
yang paling tensi tu buleh depa amek gambaQ berdua ja..
pastu gambaQ abg depa ni tamo amek.
tapi bila tanya tau apa adik balas? 
 
padan muka diri sendiri kan.. 
p makan pastu dok cakap tpom pasai keja.. ahahahaha..
apa pun tetap jeleshh.. dan lenkali takmo biar jadi dah.. ;)

I LOVE THEM ALL.. ;)

Nak tag 3 orang nih..


p/s : nak join tak? leh click kat SINI, cepat wohh malam ni last.. ;)

Thursday, 24 March 2011

Pertandingan Artikel Terbaik Pilihan Junko

Assalamualaikum.. 

heee.. malu2.. sebab jadi yang last join contest ni..
habaQ siap2.. tadak niat pape. cuma nak kongsikan keterujaan Nadh masa wat entry ni..
apa pun maceh bebanyak pada enchik Junko sebab sudi remind pasai contest ni.. 
Nadh nak join la.. ;)


Okeh, ni bagi nadh artikel terbaik Nadh.
 (click gambar untuk terus ke artikel)

Sebab masa artikel ni dibuat, Nadh atas moto OTW nak p klas.
sambil tangan kanan bawak moto, tangan kiri kalut tekan enpom.
menaip artikel ni dalam bentuk SMS.
 bygkan la, dari Subang, sampai ke dekat2 nak sampai UTM.
sampai berpage2.. dan abeh da limit SMS yang leh wat dalam 3 SMS asing tak silap
mengenai Nadh rasa syukur pasai diri Nadh yang ALLAH kurniakan nikmat tak henti2. 
bunyi cam poyo kan, orang cerita sedih, tekanan apa suma, tapi Nadh wat entry pasai diri sendiri sebab kalau boleh nak kongsi, apa yang Nadh dapat, kegembiraan tu, dan harap yang membaca dapat la sikit2 message dari kisah tu. dan tak malu nak ckap, masa balik dari kelas sebelum menda ni ditukarkan jadi entry, atas moto memang ujan lebat. sebab terlalu seronok. ;)

Itu saja. Terima kasih kerana membaca. 

Wednesday, 16 March 2011

Saya SAYANG Ibu

Assalamualaikum..
Pagi-pagi mengadap blog. ada pulak yang menge-Tag nadh ni..
jadi nak join la. Cita tentang Mama.


 Banner Contest

 ucap tima kasih banyak2 kat Syakira Yaakub sebab tag Nadh.
Join contest si empunya Blog Road Not Taken

 Dia Ibu, Dia Mama,  Dia Ummi, Dia Mummy, Dia Amma,
banyak betul panggilannya,,
rata-rata dipanggil Mama,
selalu anak Mama, orang kata Manja.
aku rasa YA.
setuju saja dengan depa.
aku rela, mengia saja.
biarlah, aku ada Mama,
dia yang Pertama,
sedangkan Nabi Jugak kata,
kali pertama dipanggil Mama,
kali kedua jugak Dia,
Yang ke 3 juga,
keempat baru datangnya Ayah kita.
Istimewanya dia, di mata siapa saja
dia yang pagi pagi jerit kejut anak dia.
dia yang berpanas di dapur mengadap api untuk anak dan suaminya,

Mama, tika saat berpuluh tahun lalu,.
tika Arie dalam perut Mama tu,
Betapa susahnya Arie tak tau.
kata Mama, bila dah lahir, susah sebab demam selalu
tapi bila p klinik, makan ubat sekali tu,
baik selalu,
datang minggu baru,
demam pun mengadap anak Mama sorang tu,
jadi macam minggu lalu,
sekali makan baik selalu.
cita ulang-ulang camtu,
ubat hari tu,
makan tak lalu,
dah tak kesan ubat tu,
tu kena amek baru

kisah Mama beranjak lagi,
hari ni anak Mama suma dah keja dah ni
yang dara keja kat sana,
yang teruna kerja kat cni.
adik pula study poli.
tiba masa anak Mama kini,
membalas jasa yang dah diberi
soleh dan solehah lah ingin kami,
agar jadi harta bukan sekarang ni
membawa jugak ke akhirat nanti
Doa anak soleh membawa ke mati,
bukankah itu kata Nabi.
moga tiba masanya nanti,
didalam Syurga bertemu lagi.

wahai Mama jasa tak lupa,
hari ni laksa esok nya roti jala,
balik 3 hari keja dok makan ja
makanan sahaja yang Mama bawa
Arie tak kesah suka saja
seronok makan diteman Mama.
katanya Mama, tak ada abg nya,
tak ada la makannya,
suma kurang makan macam dia.

Cerita akhir yang Arie tak lupa,
Mama ada pernah berkata,
Mama nak bagi, duit tiada,
cuma Kek Coklat buat anakanda.
Arie terharu tak kira2..
dicuba di jaya study semuanya,
Best Student akhir dapatnya,
buat kebanggan Ayah dan Mama.

Arie Sayang Mama, Arie Sayang Ayah, Arie Sayang Jiah n Arie Sayang Adik
Sayang Semua. ;)

Nak tag 2 sweetie nih.. nak tengok apa kata depa. 
My Beloved Nadzirah Azlan
My Beloved Nadzli Azlan


Kamu nak adiah jugak ka? meh la join.. 
leh Click kat SINI

Tuesday, 1 March 2011

JOM LIKE IZZUDIN.COM – FIRST GIVEAWAY


JOM LIKE IZZUDIN.COM – FIRST GIVEAWAY

Special thanks to enchik Jerung sebab invite Nadh join First GA dia.


Ampa nak join jugak ka?

so apa syarat-syarat wajib untuk melayakkan korang dapat join cabutan bertuah ni?

Syarat dia ::

  1. ada akaun facebook
  2. like page izzudin.com di facebook. tengok kat sidebar bawah shout box –>
  3. komen kat bawah tu, dekat “Komen pakai akaun FB pun boleyy:” ..tulis jer pape kat situ. contohnya: “aku join.”, “aku nak hadiah” atau apa-apa jer yg tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
Ampa ada blog dakk??
since blogger Special cket kan.. Enchik Jerung kasi adiah spesel kat bawah tapi sila rajinkan dulu diri kamu dengan ::
  1. buat 1 entry, dengan menyelitkan gambar dibawah ni, (link kepada http://www.izzudin.com). tajuk entry? ikut suka asalkan ada “izzudin.com” dalam tajuk tu.
  2. bawah gambar tu tulis besar-besar (JOM LIKE IZZUDIN.COM – FIRST GIVEAWAY)
  3. pastu kalau dah siap, tinggalkan komen di entry ni, nyatakan nama facebook anda dan juga link entry anda
  4. pastu aku akan masukkan link blog korang ke dalam entry ni

Minat la tuh.. Sila jangan la memalu nak Click kat SINI

Monday, 28 February 2011

"Saya Bangga Ada Ibu"


Thanks to KSP sebab Contest nih.. Nadh nak join..
tapi nak ubah cket tajuk untuk entry ya..
kalo pgl ibu feel kurang, sebab Nadh pgl Mama.. ;)


"Saya Bangga Ada Mama."

Saya Bangga Jadi anak Mama.
Saya takkan lupa satu masa dulu, Saya pernah down sebab pelajaran.
apa pun tadapat.. masa tu memng sedih la.. tengok kwn2 sukses.. kita hampeh..
tapi satu hari, saya dapat tawaran belajar, kali nih saya study betul2 dan sukses.
Mama tak pernah tinggalkan saya.. hari-hari Mama akan call dan tanya kabar..
Setiap kali nya dia akan bagi semangat kat saya.. Hasilnya, Setiap sem saya dapat pegang Anugerah Pelajar Cemerlang.

Masa ni masa paling sayu dalam hidup saya.. bila Mama cakap..
"Abg, mama nak bagi duit kat abg, mama takdak duit, tapi Mama leh watkan untuk abg Chocolate Cake kesukaan abg.. abg nak makan apa abg gtau kat mama. tu ja Mama leh bagi kat abg"
Masa ni saya ng serentak nya berasa sayu
(sekarang dok mencoret ng penuh Feel rindukan mama sebab tingat saat tu.. mula berketakkk..)

Mama terbaek.. tadak leh ganti Mama.
Doakan saya Murah Rezeki.. sebab saya berniat bawa semuanya datang tinggal bersama saya di sini.. Biar saya susah untuk depa, jangan depa susah untuk saya..
Saya nak jadi Harta Paling Bernilai buat Mama, iaitu Anak Soleh yang mendoakan dia..
Saya sanggup wat apa saja untuk Mama, Ayah n Adik2 saya..
Sayang Depa sangat!!!



pic terlatest saya n Mama, amek masa raya Cina hari tu.. Dekat Putrajaya. datang sini atas permintaan Mama.. ;)


p/s :: Depa paham bagaimana anak Mama nya saya..
ASYЯAFUĿ Naim
Armalisa
Nadzli

Nak Join ka? sila Click kat SINI

"Program TV Saya Sendiri - Ady Budika Contest"



♫ Program macam mana korg nak terbitkan? (cth talk show, reality tv, drama bersiri etc).
semesti nya la reality show. kisah reality hidup manusia kat dunia yang fana nih..

♫ Nama Program tersebut
"How to Be a Matured Man " aku nak Papa Khai n Ady yang jadi Host.

♫ Kalo leh terangkan sikit konsep program itu
program dia.. konsep reality show.. macam besa la kan.. ala-ala imam muda cket.. konsep dia nak terang kat cni.. aku nak program tu pilih mat-mat dadah, mat gian, mat rempit, yang mana orang kata rosak jiwa nih.. didik dalam program ni.. aja camna nak jadi manusia berguna, yang mana nt satu hari pasti membuka mata masyarakat, depa ni pun bukan la tak guna sgt.. tapi still leh diubati. ;)

♫ Station Tv mana yang korg nak siarkan?

ikutkan aku, satu dunia aku nak siar.. agak2 leh dak curi sat satu jam kat ESPN ka dekat CNN? masyuk weyh.. satu dunia tengok.. :p


Ok...yang nie kira bonus..Bagaimana korg nak tarik penonton korg???

meh aku nak senarikan kat cni.. mula sekali, nama pn reality show kan? yang paling hampeh pn ada orang sokong, orang nak undi, nak tgk.. ni program suci murni macam aku.. takkan tak tgk kan.. kat situ, nama reality show tu pn da angkat nama program aku nih.. pastu :
1. panggil suma blogger wat review pasai cita ni.. sapa tak wat.. jgn ngaku diri rakyat Mesia.
2. aku akan guna kosa Adi sebagai staff kat Media Prima
3. aku nak guna kosa macik Aima. sebab dia cekgu kat Taska.. dia kena brainwash budak2 paksa mama papa depa tgk cita nih..
4. aku akan gunakan kosa macik Naniey, sebagai HR untuk paksa staff-staff tempat keja tgk cita ni.. tak wat kena potong gaji..
5. dan yang terakhir. Kosa Papa khai sebagai sorang trainer dalam Kem untuk paksa budak2 bawah dia ikut.. sapa tak ikut nt kena buli lagi teruk.. :p
6. FB kan ada.. apa lagi..guna la medium nih..
7. Guna ikon2 masyarakat. kita ada enchik ben ashaari kan, redmummy kan. panggil la depa jadi undangan untuk blogger. kita ada ikon imam muda kan.. pgl la dia..ada artis poplar kan.. pgl la jadi undangan.

note :: idea asal dari kejadian Mini-Gath petang kemarin. hanya depa yang mengetahui. manusia yang mai semalam ja yang mengerti.. maceh to mr. cool atas sebab menjadi sumber inspirasi. :p

p/s :: Hari ni last. nak join ka? sila Click kat SINI

Buta+Pekak+Bisu=CINTA