Followers

Thursday, 14 April 2011

AKU INGIN BERUBAH

Ketika berjauhan masih kurasa
Hangat kasih mu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu 
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
 
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketika ku dalam kedukaan,
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku,
Erti kekuatan

Sedang mengamati tiap bait kata dalam irama lagu Aeman bertajuk Ayah. Dengan hati yang kuat merindu, juga dengan kaca di mata mengenangkan betapa HEBATNYA kasih seorang Ayah dan Mama yang menjadi sebab awal wujudnya Aku dalam dunia ni.. Hati terpikat untuk berkongsi sebab kenapa aku berniat benar ingin kepada PERUBAHAN dalam hidup aku. tiada sebab lain melainkan Ayah dan Mama. Dua insan paling penting dalam hidup aku. 

Hati makin kuat ingin berbicara tika aku terpandang pula kepada satu Sabda Rasulullah yang membawa maksud ::
Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.” (Riwayat al-Hakim)

teringat pula pesan orang tua-tua kepadaku,
"Cinta boleh dicari merata, tapi Ayah dan Mama, hanya satu dalam dunia dan tiada galang gantinya"

Begitu hebat dan dasyatnya kan, bagaimana dari pertemuan dua insan, jatuh hati, kemudian di sahkan melalui akad, dan akhirnya dari Cinta itu, terlahirnya Putera ni. aku kagum benar mengenangkan kisah kejadian tu. bagaimana ALLAH ceritakan dalam Surah Al-Mu'minun.

Dari awal kisah kejadian, hingga ke saat ini. Aku berfikir, yang sebenarnya dek kerana PENGORBANAN dari merekalah yang aku leh besar dan well educated macam sekarang ni. Tak ada pula mereka bila dah besar ni, mereka complaint, nak itu, nak ini dari aku. tapi simple ja "Kami nak tengok anak kami berbahagia saja.." bukankah itu satu ucapan yang sangat tak adil? bagi aku sangat-sangat tak adil kan? hampa dah besarkan aku sampai tahap sekarang, bagi itu, bagi ini, tapi tak mahu apa-apa?

Atas sebab tu, aku ingin benar abadikan sebaiknya hidup aku buat mereka. Aku tak lupa, macam mana satu hari dulu mereka terjaga malam, hanya untuk menemani Putera mereka yang menangis. Tak lupa macam mana satu hari dulu betapa risaunya mereka kenangkan kesihatan Putera mereka ni. Tak lupa bagaimana  satu hari dulu susahnya mereka bekerja buat memberi sesuap nasi kepada Putera mereka ni. Macam mana susahnya mereka menolak moto yang pancit ketika pulang dari kerja mencari rezeki untuk pakaian cantik buat si Putera, macam mana mereka bersusah, tak pernah pula terfikir, titik-titik peluh yang keluar hanya untuk melihat sedikit kegembiraan Putera yang inginkan barang-barang permainan buat peneman Ayah dan Mama yang keluar untuk mencari rezeki.

Hati ingin benar menangis bila masa terbayangkan, kasarnya tangan Ayah bekerja, lukanya tangan mama berusaha hanya kerana inginkan Putera mendapat keselesaan hidup. Segalanya untuk Putera tersayang. Begitu HEBATNYA CINTA DAN KASIH DARI MAMA DAN AYAH. 

Jika Hari Ini perlukan sebanyak-banyak sebab untuk satu PERUBAHAN. Aku meyangkal semuanya, kerana aku hanya ada SATU SEBAB, ITULAH DIA
AYAH DAN MAMA.


MEH SUMA, SAMA-SAMA KITA AMEK MASA BEBERAPA SAAT JA.. TAK SAMPAI SEMINIT PN, TADAHKAN TANGAN KITA, BERDOA, AGAR ALLAH JADIKAN KITA ANAK-ANAK SOLEH DAN SOLEHAH, YANG MENDOAKAN KEBAHAGIAAN AYAH DAN MAMA KITA, AGAR KITA JADI ANAK YANG TAHU MENGHARGAI SEGALA PENGORBANAN YANG DAH DIA BAGI PADA KITA. KITA TAK SEDAR KAN, TIAP TITIK PELUH DIA, TIAP LELAH DIA BEKERJA HANYA UNTUK SESUAP NASI KITA. KITA PERNAH TAK FIKIR, DIA MAKAN KA TAK BILA P KEJA, HANYA UNTUK SUAPKAN SEPINGGAN NASI DEKAT KITA, FIKIR TAK KITA, SAKIT KA LUKA KA TANGAN DIA WAKTU BEKERJA HANYA UNTUK KESELESAAN KITA NI.. SAMA-SAMA KITA KENANG JASA AYAH DAN MAMA.. 


 NADH  ♥ AYAH,  NADH  ♥ MAMA.

13 comments:

cahaya said...

sob2..syangilah mereka..
selagi mereka ada di dunia ini..:)

..:noor badriah:.. said...

sebaknya baf baca..

fRaMe+LenSeS said...

even the whole world is against them, Nadh y akan jadi benteng terakhir depa.. ;)

Penjejak Mimpi said...

sedih.. sayangi dan hormatilah ibu bape sementare dowang ade..

sy skang hanye tinggal mak ajek..
sedih.. :(

FarAh AmiRa said...

huhu...sdey ny....sygi lah mereka...syurga dbwh tlpak kaki mak n ayh...tp...skrg sy hny tgl ayh je..:(

fRaMe+LenSeS said...

Penjejak Mimpi :: akan buat y terbaik baut depa..

Dik Miko :: sabar ye syg. bila ingat mak, banyakkan berdoa, sedekahkan al fatihah buat mak ye.. jadilah anak solehah buat mak, y mendoakan kebahagiaannya di sana

kiera'sakura said...

smoga ayah dan mama menjadi penghuni tetap syurga yang mengalir sungai dibawahnye.. amin...

fRaMe+LenSeS said...

Kiera ;: amin2.. maceh.. mendoakan kedua Mama n papa Awk jugak ya. :D

cik ungu said...

btoi tu..sayangilah mereka selagi mereka ade..wlpn cik ungu hanya ade mak je skng..kasih ayah ttp dlm hti..semoga mak dan abah sentiasa di rahmati Allah..:)

snasa_9107 said...

sayang ibu dan ayah saya~<3

fRaMe+LenSeS said...

Cik Ungu :: mereka tak dapat dipisahkan dari kita kan? kerana dari mereka jugak datang kita :D kita jadi y terbaek buat y masih ada n tiada ya kamu.. doakan kebahagiaan mereka..

Snasa :: sayang Mama n Ayah Nadh jugak. :D

Khairul Atikah @ Cik Yuki said...

smoga berjaya nadh . . hmmm :)

fRaMe+LenSeS said...

Cik Yuki :: Nadh cuma wat entry ja. tak masuk pn. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA