Followers

Sunday, 25 March 2012

Dia.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca..

Terbaca satu komeng tadi. Katanya jangan dilupakan dia walau dalam kesibukan itu. Dan sila jaga diri.

Owh terasa tertacing-tacing di situ. nak tahu siapa dia? Dia tu seorang kakak bagi saya. yang selalu menasihat, yang memberi inspirasi untuk menjadi lebih baik sebab dia tu selalu aja masak yang sedap-sedap tunjuk kat adik dia ni.

Saya kagum tau bila lihat dia yang begitu sayangkan keluarga dia, suami dia, Owh saya sangat kagum bila lihat seseorang yang family type tu. Yang begitu beratkan anak-anak. Mungkin itu juga sebabnya saya leh rapat dengan macik tu kan, dia pun macam tu, siap nenangis nak berpisah dengan anak-anak. Macam mana la agaknya kalau saya pinjam seminggu bawa balik KL bila kami terpaksa PJJ nanti ye? Okeh, solusi terbaik adalah dapatkan 2 skali (kembar), lepas tu sorang amek satu. Mana adil kan kalau dia dapat saya tak dapat. 

Kakak saya tu kan, dia tu ada bakat terpendam dalam penulisan. Paling saya suka sebab saya dapat liputan khas cerita dia tu. Ramai memuji hasilnya, termasuklah saya. Owh terasa rendah diri betul la bila membandingkan dengan karya saya, tapi dia kan akak, mesti la kena lagi baik dari adik kan? Okeh tak jadi nak jeles dah dengan dia. 

Kekadang kan, saya takut juga nak dekat dengan dia. Bukan apa, saya kan orang asing, tanak kang ada plak la yang cer cuba nak menjahanamkan persahabatan adik n akak ni, tapi fikir balik, asalkan kita ikhlas bersahabat, tak salah bukan, biarlah apa orang nak kata. Bukankah yang terbaik tu bila kita saling berpesan-pesan antara kita. 

Jadi doakanlah akak saya tu sentiasa berbahagia bersama suaminya, dan putera puterinya akan menjadi bak permata yang paling bersinar di dunia ini, juga anak soleh solehah yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ummi dan ayahnya sampai bila-bila. 

Aminkan bersama saya ya? Terima kasih.


P/s : ntah kenapa teringat kat dia , sampai terbawa ke mimpi yang pelakon utamanya, dia suami dan anak-anaknya. Moga-moga satu hari nanti kami dipertemukan.

6 comments:

shiema sufian said...

Sampaikan salam rindumu padanya melalui Allah and semoga dia bahagia disamping keluarganya tercinta (:

Iffah Afeefah said...

Sy kenal akak kamu tu

ske kaka tu jugak

uwaaa terharu bg akak tu

Rozuan Ismail said...

untung dia ada org admire =)

kiera'sakura said...

klu kita ikhlas insyaAllah Allah permudahkan kan... :)

sesuka die jer nak ambik2.. :p

.........cP~ said...

Salam. Wah, dah sampai macam tu perhubungan blogger2 nih. Saya masih baru nak kenal2.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

amin...amin ya rabbala'lamain.

untungnyer kakak tu siap ada org admire dan mimpikan dia sekeluarga ek?siap tlg jagakan baby lg tuh..

mood terharu tuk kakak tu!ngeeeeee

Buta+Pekak+Bisu=CINTA