Followers

Tuesday, 13 March 2012

History | Mekdi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Lama tak menaip kan? Hari ni kita kongsi sejarah nak? Tentang Mekdi. Nadh penah gak wat entry pasai Mekdi ni satu masa dulu, nak tengok leh la rujuk kat SINI.

Restoran McD pertama di dunia ialah di San Bernardino yang dibuka pada tahun 1940.


Diasaskan oleh 2 beradik Richard "Dick" J. McDonald and Maurice "Mac" McDonald yang berasal dari Manchester, New Hamsphire. Mereka berketurunan Irish




Mereka bermula dengan membuka sebuah gerai menjual hot-dog yang dipanggil Airdrome di Monrovia, California pada tahun 1937.



Hasil daripada keuntungan di Airdrome, dua beradik ini bersama bapa mereka, Patrick Macdonald kemudiannya membuka sebuah restoran barbeku drive-in pada tahun 1940 di San Bernardino, California

Untuk lebih spesifik, restoren ini dibuka pada tanggal 15 May 1940 di Route 66, dekat 14th and E St.

Ini merupakan restoran McD pertama mereka yang mengaut keuntungan $366.12 pada hari pertama pembukaannya.

Sebanyak 25 menu makanan dihidangkan, kebanyakannya makanan jenis barbeku. Manakala seramai 20 orang pekerja diperlukan untuk mengurus operasi restoren.






Siapa sangka, daripada hanya sebuah gerai menjual hot-dog di tepi jalan, kini terdapat lebih daripada 30 ribu restoran McD diseluruh dunia!

Apa yang Nadh nak cakap adalah :
"Tanpa mimpi, kita tak mungkin mencapai langit, tanpa usaha tak mungkin akan punya jalannya. "

Usaha kan tangga kejayaan? :D

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Ar-Ra’ad : Ayat 11)

Kita usaha kita dapat la. Dan usaha dan kejayaan itu untuk disyukuri, bukan menjadi titik mula kisah dosa kita di muka bumi ini. INGAT TAU ! ! 

3 comments:

shiema sufian said...

Shiema suka makan Mc'D tapi skrg dah stop sebab org ckp cara dia proses lembu tuh tak elok

msredcheesecake said...

Ooo... Mekdi asal nya mac dick...hheee...

Pebret ni...

naqiah said...

btol2 .. kebanyakkan y kaya bermula dr bawah

Buta+Pekak+Bisu=CINTA