Followers

Sunday, 25 March 2012

Suasana baru, sekali lagi mula dari KOSONG

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Selamat hari Ahad. Hari minggu yang indah bagi yang baru mula kerja macam Nadh ni. (Ehhe, buat macam sbelum ini tak kerja plak kan?) Maksud Nadh baru nak kerja la. Sebelum ini macam tak berapa sangat, sekarang ni baru terisi masa ni betul-betul.

Last time masa dengan kawan-kawan baru, kena la perli, "mesti ko tensen kan, kena kerja trok macam ni, sebelum ni masa kat sana mesti tak teruk macam ni kan? "

rasanya macam tu juga la teruknya lebih dari hari tu, tapi ini kan hidup kan, bak kata sorang kawan lagi, 
"engineer tu kerja teruk demi untuk memudahkan orang lain.". To be honest kan, rasa macam betul je quote tu. It ain't that bad if you knw how to create a great environment. Percaya tak Nadh kata, seteruk mana pun apa yang kita rasa teruk tu, tapi kalau kita rasa ianya menyeronokkan, kita pasti takkan rasa apa-apa? 

Sebagaimana ALLAH turunkan ujian pada kita, jika kita tahu yang Ujian itu adalah pentaut kasih sayang ALLAH kepada kita, pasti kita syukur kerana kita masih diuji, sebagai tanda ALLAH itu sayangkan kita. Hati yang diuji itu lah selalu hati yang paling dekat dengan ALLAH, sebab mereka merintih memohon ALLAH permudahkan cara, persenangkan jalannya. Sedang hati yang terlalu dengan kegembiraan itu, kadangkala (tak juga la, SELALUNYA ), adalah hati yang terdedah kepada kufur nikmat, yakni kufur dengan pemberian itu. Sedar atau tidak, berapa ramai yang ingat pada ALLAH bila mereka senang?

Satu lagi yang perlu kita ingat, sebagaimana teruk pun suasana kita sekarang, janganlah kita melupakan tanggungjawab utama kita terhadap ALLAH, tak sangka, sekali lagi Nadh terpaksa hadapi situasi tu. Kerja sampai tak ingat ALLAH, nampak gayanya kena mula sekali lagi nak hidupkan suasana tu. 

Moga-moga ALLAH tunjukkan jalan hendaknya. Amin.

5 comments:

kiera'sakura said...

saya akan tolong ingatkan!!!bila awak makin sibuk dan sibuk, insyaAllah :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Amin.. Jg kesihatan juga ye dik. Jgn lupa akak tau.. Busy sungguh adik akak tgk mlm pun keje eh? Jg diri, doa moga adik enjoy dgn smua ni

Ayuni said...

bestnye dh keje, think positive k...

Iffah Afeefah said...

Mgkin ade sbb suh nadh kje keras skit

hehe tettt

.........cP~ said...

Salam.

Mula kerja mesti rasa lain macam sikit, kan. Debar nak mula kerja.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA