Followers

Tuesday, 20 March 2012

Kau ingat kau siapa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sebelum tidur malam ini, teringin rasanya hendak bermuhasabah diri. Kau ingat kau siapa?

Kau kata kau lawyer? Doktor? Engineer? Ustaz? Pelajar? Isteri solehah? Lelaki budiman? Adakah semua jadimu itu dengan berlandaskan jalan Islam yang telah ALLAH tetapkan? Atau hanya sekadar penyedap mata sekalian hamba lain yang turut diutuskan dengan satu sebab utama juga di muka bumi ini?

Waktu kau bertugas adakah kau memandang tugas itu sebagai amanah ALLAH? Kau bertugas mengikut landas tugasmu, tapi apakah terjaga tiap susunan langkahmu itu dengan ingatan kepadanya? Kau begitu sibuk dengan tugasanmu, tapi adakah bila tiba masa untuk kau 'punch card', kau tepat hadir pada masanya? Atau kau terlepas tugasan 5 seharimu, kemudian memberi alasan tidak sempat bg menutup salahmu? Kau ingat kau siapa?

Kau juga lalai ketika bertugas. Bukankah disamping dunia, kau juga sedang membaja kejayaan akhirat? Tapi kau lupa anak anak buahmu yang masih lagi belum bertemu hidayah. Kuasamu yang patutnya kau guna tika ini, disimpan buat buah maki hamun apabila sudah ada 'point', tak salah kau menegur aurat orang bawahanmu, solat mereka, zakat yang mgkin tertunggak bg mereka, tapi adakah kau bertindak? Kau ingat kau sapa?

Kau memegang amanah. Tapi mudah benar tersimpang bila nota Ringgit Malaysia dihulur kepadamu. Malah kau juga tanpa segan silu 'paw' si insan lemah dengan kuasa yang kau ada. Yang kau mahu, kaya, tapi kau lupa azab di sana. Ow kamu, satu titis nila mampu rosakkn sebelanga susu, kau suka bukan? Tapi kau terlupa ALLAH tak pernah trlepas pandang walau sehelai.daun pun yang jejak ke tanah, kau ingat kau siapa?

Semua dalam.dunia adalah terbaik. Waktu kita keluar dari tempat simpanan, dan berebut-rebut antara berjuta untuk menjadi pilihan didalam telur, kita semua ciptaan ALLAH adalah yang terbaik. Sebab tu ALLAH pilih manusia sebagai khalifah di muka bumi. Cumanya yang menentukan semua itu adalah diri sendiri aa, terbaik di mata manusia dan dilaknat ALLAH atau terbaik di mata ALLAH untuk menjadi antara permata paling berharga atas muka bumi ini.

Ingatlah, wLau sezarah.dosa pun tak terlepas dari balasan ALLAH, brtaubatlah sebelum.terlambat! !
Published with Blogger-droid v1.6.9

6 comments:

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum... sahabat..insyaallah..tolong ingatkan ana ye... syukran... :)

TiraPengemis said...

mcm knl je....knl i x? hheheee

Anum said...

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya

Hanif Idrus said...

Siapa kita disisi Allah jika kita lalai!!

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sezarah dosa moga terampun dgn satu kebaikan dr kita

Iffah Afeefah said...

ayat sentap menyentap

apa jasa kau sejak lahir ni?

Buta+Pekak+Bisu=CINTA